Thursday, 6 March 2014

Pilihan Raya Kecil DUN Balingian 29 Mac #PRKBalingian

PUTRAJAYA, 6 Mac - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak akan diadakan pada 29 Mac, manakala penamaan calon ditetapkan pada 17 Mac, demikian diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
 
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata sebanyak 13,366 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya itu, iaitu 13,233 pengundi biasa dan 133 pengundi awal.
 
“Anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM910,213,” katanya pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan kerusi DUN Balingian yang dikosongkan bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
 
Kerusi DUN Balingian yang disandang Taib kosong selepas beliau secara rasmi melepaskan jawatan ketua menteri dan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, pada 28 Feb lepas.
 
 

1 comment:

  1. Pilih calon yg adil.Adil kpd dirinya,adil kpd masyarakat,adil dan patuh kpd Undang2 Negeri dan Negara.

    Jgn pilih calon yg "pilih bulu,pilih kasih berdasarkan sama kaum sama agama".Calon yg tidak menepati kriteria tersebut bukan saja menyusahkan komunitinya sendiri tetapi lebih parah jika dia dipengaruhi unsur2 ekstremis/pelampau dlm kumpulannya.Jgn jadi Hindraf.

    sekadar pandangan marhaen 5sen

    ReplyDelete