Pengalamannya sebagai Menteri Kewangan membolehkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim peka tentang sistem radar dan memahami perjalanan sesebuah pesawat.
Anwar menyatakan hal itu ketika menyentuh tentang kehilangan pesawat MH370, yang mana sehingga kini kerajaan gagal memberi jawapan tepat misteri tersebut.
Menurut Anwar, tidak mungkin pesawat boleh hilang begitu saja dan tidak dapat dikesan oleh radar.
"Semasa sebagai menteri kewangan, saya yang membayar semua radar, sebab itu saya tahu tentang radar dan pesawat" katanya
Anwar menambah, Jika pesawat MH370 menuju ke Beijing, ianya tidak akan melencong ke Autralia seperti yang didakwa pihak kerajaan.
"Nampaknya ada suatu yang tidak kena dalam Barisan Nasional" jelas Anwar
Anwar berkata demikian ketika berucap dihadapan 50 orang jentera parti di Boulevard Setia Raja, Mukah malam tadi.
Walaupun kenyataan Anwar mengundang tepukan gemuruh dari penyokongnya, namun kenyataan itu sekaligus seolah menidakkan kepakaran pelbagai pihak dari 26 negara yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
No comments:
Post a Comment