Thursday, 20 March 2014

#PrkBalingian: Cadangan Kelulusan Projek Sekolah Menengah Di Balingian Akan Disegerakan-Muhyiddin

MUKAH: Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di SK Parish Balingian semalam telah dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin .
Majlis tersebut diadakan sempena lawatannya ke Balingian. Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa cadangan projek untuk membina sebuah sekolah menengah di Balingian sendiri akan disegerakan dan mahu mahu Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri menyegerakan proses kelulusan untuk membina sebuah sekolah tersebut di Balingian.

Projek yang dianggarkan bernilai RM60 juta melibatkan bilik guru,bilik darjah dan asrama untuk menampung seramai 800 anak-anak yang akan bersekolah disitu kelak.
 
Dalam ucapannya beliau menyatakan "Sebagai Menteri Pendidikan, saya akan meminta supaya projek ini disegerakan bagi menampung keperluan pendidikan di sini," katanya ketika berucap di majlis perasmian Jambatan Batang Balingian.
 
Ini adalah kerana para pelajar dari Balingian terpaksa bersekolah di sekolah menengah yang terletak di Bandar Mukah dimana agak jauh dari Balingian yang dianggarkan jarak perjalanan lebih dari 60km.
Majlis Perasmian Jambatan Batang Balingian yang menghubungkan kpg Kuala Balingian dimana suatu ketika dahulu jalan yang dihubungkan hanya menggunakan jalan sungai dan memakan masa yang agak lama,tapi kini hanya memakan masa beberapa minit.
Acara simbolik dengan memotong riben turut disaksikan oleh Calon Barisan Nasional(BN) bagi DUN N.51 Balingian Yussibnosh Balo, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar,Datuk Wong Soon Koh dan lain-lain lagi.
 
 
Rasmi.... TPM memotong riben simbolik perasmian Jambatan Btg Balingian
 

No comments:

Post a Comment