Tibau adalah salah satu permainan tradisi kaum Melanau. Tibau menjadi tarikan pengunjung yang datang memeriahkan suasana Pesta Kaul.
Permainan ini dipopularkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol perpaduaan dan untuk bersuka ria, ia juga merupakan salah satu permainan yang digemari terutamanya golongan remaja untuk mereka bergaul.
Bermain Tibau mengikut tradisi Melanau tidaklah semudah yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan peraturan dalam permainan yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan kecelakaan atau kecederaan kepada si pemain.
Peralatan untuk menyediakan Tibau ini juga hendaklah yang kukuh dan dibuat kemas agar tidak mendatangkan sebarang kemalangan ketika permainan berlangsung.
Dengan mengikuti upacara seumpamaan ini, kita dapat memahami serba sedikit tentang budaya masyarakat terbabit dan pengertian ini juga membolehkan kita lebih menghormati kepercayaan dan kebudayaan mereka.
Disamping itu, sepanjang tempoh Pesta Kaul. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana dan juga menghiburkan pengunjung-pengunjung tempatan serta pelancong dari dalam mahupun luar negeri. - Sarawakiana
Terima kasih utk info good blog
ReplyDeleteTerima kasih, ini sangat membantu dalam menyiapkan kajian lapangan saya.
ReplyDelete