Wednesday 26 March 2014

#PrkBalingian: BN Sarawak Tidak Gentar Dengan Anwar - Adenan Satem

MUKAH, 25 Mac - Kerajaan Sarawak membenarkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negeri ini untuk berkempen bagi calon parti pembangkang itu Abdul Jalil Bujang dalam pilihan raya kecil Balingian Sabtu ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata ini kerana "kami tidak gentar dengannya."
 
"Kami benarkan beliau masuk, bukan kerana kami gentar dengannya," kata beliau sambil menegaskan bahawa 13,366 pengundi berdaftar di kawasan itu, yang terdiri daripada suku kaum Melanau, Iban, Cina dan lain-lain, tahu siapa Anwar sebenarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis bersama rakyat di Rh. Kumbong di Ulu Bedangan di sini Selasa.
 
Anwar dijadualkan melawat sebuah rumah panjang Iban di sini hari ini sebelum berucap pada majlis ceramah di bandar ini malam ini.
 
Jumaat lepas, Adenan mengeluarkan kenyataan bahawa Sarawak akan menghalang orang luar" yang taksub dengan agama, bersifat perkauman dan pembuat kacau lain" daripada memasuki negeri ini bagi memelihara keharmonian dan perpaduan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.
 
 
 

No comments:

Post a Comment