Tuesday 11 March 2014

#PRKBalingian: Penduduk Mukah hargai pengorbanan Pehin Sri Taib

MUKAH: Penduduk di Mukah terutama di kawasan Balingian menghargai segala pengorbanan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Pehin Sri Abbdul Taib Mahmud sepanjang tempoh  beliau mewakili mereka di kawasan tersebut serta sebagai Ketua Menteri Sarawak.
 
Pengunduran beliau sebagai ADUN N.51 Balingian, telah membuka ruang untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Balingian pada 29 Mac 2014 , manakala penamaan calon bagi DUN Balingian akan di adakan pada 17 MAC 2014.
 
Selepas Taib meletak jawatannya sebagai Ketua menteri pada 28 Febuari lalu, kedengaran keluhan di kalangan rakyat terutama di kawasan  DUN Balingian yang merasakan kehilangan beliau.
 
Walau bagaimanapun penduduk disini berkata "Kami tetap menyokong Barisan Nasional kerana sepanjang kami di bawah pucuk pimpinan BN banyak bantuan diberikan, dan kami pasti perkara tersebut akan berterusan."
 
Justeru sokongan padu akan tetap di berikan kepada Ketua Menteri Sarawak yang baru iaitu Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.
 
Dengan berdirinya pembangunan di kawasan Mukah yang kian pesat pada masa kini telah membuktikan bahawa mantan Ketua Menteri Sarawak yang juga merupakan ADUN N.51 Balingian, adalah pemimpin yang sangat berdedikasi kepada rakyat. - Sarawakiana
 
 

No comments:

Post a Comment