Saturday 29 March 2014

#PrkBalingian: Pakatan Rakyat Awal-awal Lagi Angkat Kaki Di Balingian

Suasana pengundian di Dun N51 Baligian hari ini menyaksikan suasana tenang dan proses mengundi sejak awal pagi tadi dilihat berjalan dengan lancar, dan sehingga kini proses mengundi di beberapa tempat masih lagi berlansung.

Seramai  5,198 orang pengundi atau 38.89% pemilih berdaftar telah mengundi sejak dari pukul 8 pagi sehingga pukul 10 pagi. Jumlah itu meningkat pada pukul 11 pagi apabila sejumlah 6,330 orang keluar mengundi iaitu 3,026 orang lelaki dan 3,304 perempuan dengan peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 47.36%. Jumlah itu kemudian meningkat pada pukul 11.15 pagi apabila seramai 7,085 pengundi atau 53.01% daripada 13,233 orang sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Hal ini menyaksikkan calon Parti Keadilan Rakyat iaitu Abdul Jalil Bujang daripada Bintulu tidak senang duduk malah dilihat merayau-rayau seorang diri di pusat membuang undi seperti sudah tahu akan hilang wang pertaruhan kelak.

Tiada jentera parti berkenaan dilihat mengiringi beliau. Kemanakah perginya jentera parti tersebut? Adakah sibuk mengemas barang mahu pulang? Jika ya, mungkin itu relevan sebab aura kekalahan teruk Pakatan Rakyat sudah dapat dirasakan.

Pada awal-awal sebelumnya jentera Pakatan Rakyat yang berkampung di Bandar Mukah melaung-laungkan bahawa calon Barisan Nasional akan pengsan apabila melihat banner besar calon mereka di Bandar Mukah. Perkara ini mereka war-warkan sewaktu kehadiran Mat Sabu. Dengan gah mereka berkata, akan menang besar kalau lihat daripada banner gergasi mereka di tepi jalan.

Akan tetapi, hari demi hari ceramah sambutan Pakatan Rakyat di Bandar Mukah tidak mendapat sambutan. Malah sewaktu kehadiran jeneral besar mereka iaitu Anwar Ibrahim, hanya 50 orang sahaja yang dengar ceramah berkenaan itupun daripada jentera parti sendiri!.

Namun lain pula pada hari ini, dimana belum lagi habis proses mengundi, mereka sudah awal-awal “bungkus” segala poster dan bendera parti yang mereka gantung di pokok dan tepi-tepi jalan.

Mungkin juga kerana poster dan bendera mereka sebelum ini tenggelam di dalam lautan bendera serta poster Barisan Nasional yang dilihat lebih mendominasi kempen? ataupun itu memang petanda benar-benar kalah.?
  

No comments:

Post a Comment