Friday 21 March 2014

#PrkBalingian: Mukah Dijangka Memiliki Lapangan Terbang Baharu – RM133 juta daripada Kerajaan Pusat

MUKAH: Lapangan ter­bang baharu Mukah bakal diwujudkan selepas kerajaan pusat memperuntukkan dana berjumlah RM133 juta untuk kerja-kerja peringkat awal projek tersebut.
 
Menteri Perancangan Sum­ber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan mengenai pelaksanaan lapangan terbang baharu itu.
 
“Seperti mana yang telah diumumkan Perdana Menteri, lapangan terbang baharu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
 
“Peringkat pertama ialah kerja-kerja untuk tapak lapan­gan terbang itu. Kontraktor juga telah dilantik,” ujarnya ketika ditemui selepas melawat perkampungan Cina di Kam­pung Penakub bersama calon Barisan Nasional (BN) Yussib­nosh Balo di sini, semalam.
 
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata sesetengah tempat di kawasan Mukah sering mengalami ma­salah tekanan air rendah.
 
Beliau menjelaskan, permintaaan bekalan air semakin meningkat berikutan kemajuan dan perkembangan pesat di Mukah.
Kita tahu bahawa di se­setengah tempat di Mukah mengalami masalah tekanan air. Ini disebabkan kemajuan dan perkembangan yang berlaku di Mukah serta per­tambahan penduduk yang menyebabkan tekanan air rendah,” katanya.
 
Beliau memberitahu, kerajaan negeri akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menambah baik sistem pengagihan loji perawatan air.
 
“Kerajaan akan berusaha untuk menangani masalah ini. Saya pasti pihak RECODA sedang berusaha untuk meminta peruntukan daripada kerajaan pusat kerana Mukah adalah sebahagian daripada kawasan SCORE.
Jadi, ia menjadi salah satu keutamaan dan masalah ini perlu ditangani bagi menam­bah baik loji perawatan air di sini untuk meningkatkan kapasitinya,” katanya.

No comments:

Post a Comment