Tuesday 25 March 2014

Orang Cina Perlu Bekerjasama Antara Satu Sama Lain - Adenan Satem

Mukah 25 Mac - Majlis Perjumpaan dengan Masyarakat Tiong Hua hari ini telah diadakan di Kingwood Hotel telah dihadiri pemimpin-pemimpin dikalangan masyarakat Tiong Hua dan juga kepimpinan Parti SUPP, Datuk Wong Soon Koh dan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
 
Perjumpaan bersama Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Bin Haji Satem itu dilihat sebagai satu usaha mengharmonikan lagi hubungan diantara kalangan pemimpin tertinggi yang mana sebelum ini dikatakan 'suam-suam kuku'.
 
YAB Tan Sri Haji Adenan Bin Haji Satem dalam ucapannya menggesa supaya kepimpinan parti itu mencapai kata sepakat dan berhenti bertelagah seperti mana yang berlaku sebelum ini.
 
Ini kerana ujar beliau, beberapa kerusi seperti di Piasau, Batu Kawa dan di Sarikei mereka mungkin telah mampu kuasai dengan mudah, akan tetapi disebabkan masalah dalaman yang meruncing telah menyebabkan parti itu berada di dalam krisis yang berpanjangan.
 
Hal ini bukan sahaja merugikan parti yang telah wujud sejak 30 tahun yang lalu malah ia turut menjejaskan perpaduan di kalangan orang cina, ujar beliau.
 
'Kadang-kadang musuh kita menang bukan kerana mereka menang, sebab mengapa mereka menang adalah berpunca daripada kita yang pukul muka sendiri'
 
Tambah beliau lagi dengan nada yang berseloroh, 'sudah-sudahlah...cukup..dan hari ini saya cukup gembira sebab kamu sudah duduk satu meja..mau gaduh-gaduh sampai bila'
 
Antara lain, beliau menyarankan supaya masyarakat orang cina supaya terus menyokong Barisan Nasional dan turut memberi sepenuh kepercayaan kepada Yussibnosh Baloh calon BN bagi kerusi N51 Balingian pada hari pengundian kelak.- Sarawakiana
 

 

No comments:

Post a Comment