BALINGIAN - Rata-rata penduduk Kampung Penakub yang majoritinya dihuni oleh kaum Cina memberi jaminan akan memberi sokongan padu kepada calon BN.
Kapitan Tay Aik Seng, 63, berkata sejak sekian lama kawasan itu merupakan kubu kuat BN, justeru mereka akan memastikan BN menang besar.
“Kami di sini sudah sekian lama memilih BN untuk menjadi kerajaan kerana BN dapat membantu rakyat dan memahami keadaan rakyat dan sambutan kami di sini kepada BN boleh dikatakan 90 peratus.
“Saya berharap, jika BN menang pada PRK ini saya ingin memohon bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kampung kami dibaik pulih untuk memudahkan anak-anak di sini,” katanya.
Eong Soon Beng, 61, pula meletakkan harapan yang tinggi agar calon BN mencapai kemenangan pada PRK nanti kerana beliau inginkan sebuah kerajaan yang mampu memberi bantuan dan prihatin terhadap kebajikan rakyat.
“Saya memang mahu calon BN menang kerana jika calon BN menang kerajaan BN boleh bantu kami penduduk terutamanya dalam soal kebajikan kami.
“Jika menang, saya akan cuba memohon untuk membaik pulih rumah saya yang sesetengah tempatnya yang sudah buruk,” katanya yang bekerja sebagai buruh.
No comments:
Post a Comment