Yussibnosh 48, yang begitu dikenali oleh para pengundi dan merupakan seorang calon BN anak tempatan yang berasal dari Kampung Tellian dan sangat dihormati. Beliau seorang yang mempunyai personaliti yang begitu rendah diri dan ternyata sudah pun dilihat akan membawa pembangunan kepada DUN Balingian melalui pengalaman serta hubungan beliau dengan penduduk dikawasan N.51 Balingian nanti.
Hal ini terbukti kerana sebelum ini beliau yang merupakan seorang pegawai daerah Dalat dan pelbagai kemajuan telah diberi olehnya semasa memegang jawatan tersebut.
Oleh yang demikian jika kita melihat pada kesungguhannya dalam berkempen serta faktor-faktor peribadinya amat menyakinkan pengundi di N.51 Balingian bahawasanya beliau akan memperjuangkan kebajikan dan pembangunan setempat dalam meneruskan amanah yang diberikan oleh pengundi.
Sokongan dari kaum iban juga kian bertambah kerana isterinya sendiri berasal dari suku kaum iban. Majoriti daripada pemimpin BN dan PBB ternyata telah dirasa terus oleh para pengundi bagi memastikan kemenangan milik Yussibnosh yang lebih dikenali dengan nama Yus DO Dalat.
Tepat jam 10.30 Jalil yang kelihatan berjalan keseorangan tanpa diiringi oleh sesiapa pergi melawat setiap kawasan petiundi disini. Reaksinya yang seperti mencurah air kedaun keladi itu tela menarik perhatian.
Yang terkini dalam kira-kira jam seawal 1 petang ketika dalam perjalanan balik, rata-rata sekali para jentera PKR telah kelihatan mula menerima kekalahan besar Jalil disini dengan menurunkan bendera dan banner.
Melihat kepada trend pengundi sudah dapat dijangka BN bakal meneruskan kesinambungan menduduki kerusi N.51 Balingian
No comments:
Post a Comment