Friday 21 March 2014

#PrkBalingian: SEMINAR KEMPIMPINAN KETUA MASYARAKAT DAN KETUA KAUM BAHAGIAN MUKAH

MUKAH - Hari ini berlangsungnya Seminar Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Bahagian Mukah yang diadakan di Kingwood Resort. Majlis berkenaan bakal dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Bin Haji Satem Ketua Menteri Sarawak dan juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak.
 
Sebelum itu, pada sebelah paginya taklimat mengenai Peranan dan Tanggungjawab Ketua Masyarakat Dan Ketua Kaum akan dibentangkan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Misnu Bin Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak bahagian Pentadbiran Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat.
 
Selepas itu pembentangan bertajuk Tanah Hak Adat Bumiputera dan Pengurusan Tanah Orang Yang Meninggal Dunia yang bakal dibentangkan oleh Encik Awang Zamhari Bin Awang Mohmood, Penguasa Tanah dan Survei, Bahagian Mukah.
 
Seterusnya pembentangan terakhir berkenaan Pembangunan Negeri Sarawak yang menfokuskan bahagian Mukah akan dibentangkan oleh Encik Buckland Bangik, Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Negeri.
 
 

No comments:

Post a Comment