Friday 21 March 2014

#PrkBalingian: Akhirnya Impian Jadi Realiti.

MUKAH : Pengumuman peruntukan sebanyak RM79 bagi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Telian membuktikan membuktikan kerajaan menunaikan janjinya kepada penduduk di kawasan berkenaan.
 
Pembinaan kemudahan pendidikan yang baharu itu bukan  sahaja melegakan banyak pihak tetapi juga mengakhiri penantian penduduk selama dua dekad.

Seorang penduduk, Ismail Harun, 35, berkata, mereka menantikan berita baik itu dan akhirnya, impian untuk memiliki sekolah menengah sendiri menjadi kenyataan.
 
“Kami tahu Timbalan Perdana Menteri pasti akan membawa ‘ole-ole’ terbaik kepada rakyat kawasan ini. Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat kelmarin, hati saya gembira bukan kepalang.

“Hingga ke hari ini, saya masih mampu mengukir senyuman lantaran terbayang-bayang wajah riang anak kami akan pulang dari sekolah yang baru itu,” katanya.
 
Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program bersama rakyat di Kampung Telian kelmarin mengumumkan, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM79 juta bagi membina Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balingian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian,disini, khusus untuk memenuhi keperluan pendidikan anak penduduk setempat.
 
Menurutnya, ia sebahagian daripada inisiatif Kementerian Pendidikan untuk menawarkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran sempurna kepada rakyat di negeri ini, terutama dikawasan luar bandar.
 
Beliau yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan projek pembinaan kedua-dua sekolah itu sudah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk kelulusan segera, sekaligus membuktikan kepekaan Barisan Nasional (BN) terhadap keperluan penduduk setempat,yang menunggu kemudahan itu sejak sekian lama.
 
Seorang peniaga, Jamaludin Hayat Abdullah, 28, berkata, beliau kini menarik nafas lega kerana tidak perlu lagi untuk menghantar anak melanjutkan pengajian peringkat menengah di tempat jauh.
 
"Saya mempunyai dua cahaya mata yang masih belajar di pra sekolah. Justeru, saya yakin pembinaan sekolah ini akan bermula setahun dua lagi. Ini bermakna, anak saya sempat belajar di sekolah baru itu. Kini, saya tidak perlu risau lagi,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment