Sunday 16 March 2014

#PrkBalingian : Jangan Pandang Rendah Golongan Muda #BN4Balingian

Mukah 16 Mac - Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil DUN N51 Balingan hari ini diyakini mampu memastikan kekuatan kempen dimana penerapan jalinan rakyat yang lebih dekat serta berkesan antara intipati utama yang digunapakai.
 
Pengerusi Wanita Barisan Nasional Pusat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata demikian di Majlis Pelancaran Jentera Wanita Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil Dun Balingan yang diadakan di Dewan PIBG Kampung Tellian Tengah Mukah petang tadi.
 
Selain itu, gandingan wanita bukan sahaja tertumpu kepada kaum wanita mahupun kaum ibu malah ianya menyeluruh serta merangkumi semua tanpa mengira jantina, usia, kaum dan juga agama.
 
Menyentuh mengenai sokongan orang muda, beliau berkata "kita jangan pandang rendah golongan muda walaupun mereka minat dengan cara baru..tapi saya tahu bahawa mereka tidak akan menggadai masa depan negara ini hanya untuk ideologi yang canggih".
 
Tambah beliau, golongan muda sekarang matang mengenai kepentingan menjaga kestabilan negara.
Hadir sama, Timbalan Wanita BN Sarawak, Datuk Hajjah Fatimah Abdullah dan beberapa pemimpin wanita negeri dan persekutuan.-Sarawakiana
 
 

No comments:

Post a Comment