Thursday 27 March 2014

Kerajaan sentiasa membela nasib rakyat dibawah BN #PrkBalingian

MUKAH,27 Mac –  Majlis pemimpin bersama komuniti nelayan yang berlangsung di Kompleks LKIM bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan yang ke 40 telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin disini pagi tadi.
 
Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa beliau bukan hanya bertemu rakyat tetapi membantu dalam kempen untuk  pilihanraya kecil yang bakal berlangsung pada 29.mac ini nanti.
 
Beliau juga menyeru supaya rakyat DUN Balingian mengundi calon Barisan Nasional iaitu Yussibnosh Balo yang bakal bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN N.51 Balingian ini kelak supaya menyambung tugas serta khidmat bakti yang cemerlang sepertimana yang telah dicurahkan oleh mantan pemimpin selama 33 tahun di negeri kita yang dahulu dan kini merupakan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Pehin Seri Taib Mahmud.
 
“Dan kini kita menginginkan seorang pemimpin yang baru dimana pemimpin baru yang bakal menduduki tempat beliau dulu mampu meneruskan kesinambungan perjuangan yang masih belum selesai. Oleh itu, apa yang perlu dilaksanakan kepada masyarakat DUN Balingian khususnya,” ujarnya lagi.
 
Turut hadir di majlis tersebut Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Hj Openg merangkap Menteri Perumahan dan Perlancongan Negeri Sarawak, Datuk  Haji Irmohizam bin Abdul Rahim Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), En Adeni Bohari Pengerusi Persatuan Nelayan Mukah/Oya. 
 
                                                                                                                              

No comments:

Post a Comment