Sunday, 16 March 2014

Penduduk Kuala Balingian menarik nafas lega #PrkBalingian

BALINGIAN: Ternyata penduduk disini berasa lega sejak siapnya jambatan yang menghubungkan Kampung Kuala Balingian dan Pekan Balingian.
 
Jambatan di batang Balingian yang telah siap dibina beberapa tahun lalu telah mengubah aktiviti  serta rutin para penduduk sekitar.
 
Jika dahulu pengangkutan yang hubungkan penduduk hanya perahu dan feri,  kini dengan adanya jambatan dan jalan, penduduk mampu berulang alik dengan lebih selesa.
 
Menurut seorang penduduk yang temui, sebelum adanya jambatan perjalanan dari Kampung Kuala Balingian ke Pekan Balingian mengambil masa hingga 2 jam.
 
"Sekarang ini untuk ke pasar membeli barang keperluan hanya memakan masa beberapa minit" ujarnya.
 
Oleh yang demikian, dengan adanya jalan darat dan dengan terbinanya jambatan, bukan saja menambah keselesaan penduduk dari kawasan sekitarnya. Malah hubungan antara masyarakat yang berbilang bangsa dan agama bertambah erat, kerana memudahkan mereka saling kunjung mengunjungi antara satu lain.
 
 
 

No comments:

Post a Comment