Wednesday 19 March 2014

Yussibnosh arif tentang keperluan rakyat tempatan

MUKAH - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan Yussibnosh Balo mengetahui sentimen penduduk tempatan selain keperluan dan aspirasi penduduk kawasan itu berbanding orang luar. 
 
Demikian menurut Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Saidol yang yakin Yussibnosh akan mengekalkan kerusi kawasan itu untuk BN dalam pilihan raya kecil. 
 
"Beliau anak tempatan dan bekas pegawai daerah dan pengalaman pentadbiran beliau memahami apa yang berlaku di peringkat bawah berbanding orang lain terutamanya calon luar (merujuk kepada calon PKR Abdul Jalil Bujang dari Bintulu). 
 
Tambah beliau lagi, sikap mesra Yussibnosh sangat disukai penduduk tempatan.
Oleh itu pengundi Balingan cukup bijak untuk mengetahui apa yang boleh ditawarkan BN dari segi pembangunan dan bukannya cakap-cakap sahaja berbanding pembangkang. - sarawakiana
 

 

No comments:

Post a Comment