Wednesday 12 March 2014

#PRKBalingian: Nama bakal calon mungkin terjawab hari ini

KUCHING: Hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk proses penamaan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.51 Balingian .
 
Siapakah yang bakal menjadi calon yang bakal bertanding masih menjadi tanda tanya buat semua.
Pelbagai agensi serta media sedang mula giat dan bertungkus lumus bagi memulakan tugas serta persiapan untuk mendapatkan berita mutakhir serta liputan terkini sepanjang proses penamaan calon itu kelak.
 
Kedengaran kesemua bilik hotel di sekitar Bandar Mukah telah habis ditempah oleh pelbagai agensi yang berkaitan sepanjang tempoh berkempen nanti.
 
Semalam, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman ada menyatakan berkemungkinan besar teka teki mengenai siapakah calon Barisan Nasional(BN) untuk Pilihan Raya Kecil(PRK) Balingian akan terjawab pada hari ini.
 
"Pengumuman mungkin akan dibuat selepas tamat Mesyuarat Majlis kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera(PBB) oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem", ujar Daud yang ditemui pemberita selepas Majlis penyerahan Agihan Bantuan tabung Baitulmal Sarawak semalam.-Sarawakiana
 
 
 

No comments:

Post a Comment