Tuesday 18 March 2014

Isteri Calon BN turut bantu kempen #PrkBalingian

Isteri kepada calon BN N.51 Balingian, Elizabeth Nelson turut membantu suaminya berkempen, apabila hadir bersama Datuk Fatimah Abdullah dan jentera parti PBB.
 
Elizabeth kelihatan ceria di Majlis perasmian program kebajikan dan 1 Azam yang dirasmikan Fatimah di Kampung Teh Mukah hari ini.
 
Meskipun masih baru dalam dunia politik, namun Elizabeth dapat menyesuaikan diri demi memberi sokongan kepada suaminya.
 
Elizabeth yang berbangsa Iban dengan mudah bergaul dengan rakyat pelbagai bangsa dan agama, kerana sering mengkuti program bersama rakyat sepanjang suaminya berkhidmat sebagai Pegawai Daerah.
 
Yussibnosh Balo, bekas pegawai Daerah Dalat dipilih sebagai calon BN untuk PRK N.51 Balingian.
 
 

No comments:

Post a Comment