Pilihan raya negeri ke-10 pada April 2011 yang lalu menyaksikan Pehin Sri Abdul Taib dengan mudah mengalahkan calon bebas Datuk Salleh Jafaruddin dan Suriati Abdullah (PKR) dengan majoriti 5,154 undi (Salleh-1,056 undi dan Suriati-871 undi).
Kawasan Dewan Undangan Negeri N.51 Balingian mempunyai 11,792 pengundi berdaftar yang terdiri daripada orang Melayu/Melanau 8093 atau 69%, Iban 2,188 atau 19%, Cina 1,510 atau 12% dan hanya satu pengundi dalam kategori “lain-lain.”
Hal ini telah menyaksikan bagaimana Sarawak menjadi rakan kongsi bestari dalam melaksanakan pembangunan negara.
Kejayaan pembentukan Persekutuan Malaysia juga berteraskan persamaan dan toleransi sosiobudaya masyarakat pelbagai etnik, baik dari segi bahasa, bangsa mahupun agama, mendorong kearah penggabungan wilayah menjadi negara Persekutuan yang berjaya.
Perkara yang menjadi titik tolak kejayaan ini juga adalah berteraskan perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat dimana selama ini dipupuk oleh pembangunan rakyat Barisan Nasional bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, “Apa pun kita yakin akan menang di Balingian nanti kerana telah banyak kali memenanginya sebelum ini, rakyat masih memberi sokongan kepada kita (BN)…
Hal ini lebih jelas dapat dilihat berdasarkan pengumuman daripada Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang berkata calon yang bakal mewakili BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian merupakan rakyat tempatan, berbangsa Melanau, bukan Islam dan amat dikenali masyarakat tempatan.
Menurutnya, pemilihan calon bagi PRK DUN Balingian adalah berdasarkan ‘Perjanjian Jangka Panjang’ yang dipersetujui sejak 1963 yang menetapkan salah seorang daripada tiga wakil rakyat di kawasan Parlimen Mukah adalah beragama Kristian dari masyarakat di situ.
Di bawah perjanjian bersama dalam kalangan suku kaum Melanau, salah satu daripada dua kerusi DUN iaitu Dalat dan Balingian atau Parlimen Mukah perlu diwakili Melanau Kristian.
Beerti siapa pun yang menjadi calon untuk DUN N.51 Balingan, sokongan padu daripada rakyat terhadap Barisan Nasional tetap utuh kerana dasar pembangunan rakyat yang dipimpin oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) selama ini tidak pernah memungkiri janji. -Sarawakiana
No comments:
Post a Comment