Meskipun PKR agak agresif berkempen dari rumah ke rumah serta mendekati rakyat di sekitar pekan Mukah, namun reaksi penduduk terhadap calon mereka tetap hambar.
Rupanya pemimpin PKR Sarawak yang berkampung disini turut menyedari hakikat itu.
Seorang pemimpin masyarakat yang dikenali dengan nama Michael menyatakan adalah amat mustahil bagi calon PKR memperolehi sokongan pengundi.
"Calon PKR berhadapan kesukaran untuk mendapatkan undi dari penduduk N51 Balingian, walaupun setakat 40%, apatah lagi untuk menang" ujar Michael
Michael menambah, bahkan pemimpin PKR, YB See Chee How sendiri turut mengakui calon yang diketengahkan PKR amat sukar untuk mencabar calon BN Yussibnosh Balo.
See Chee How yang sempat berbual dengan Michael berkata, perjuangan dan maruah parti tetap diteruskan walaupun mereka sedar peluang untuk menang memang tidak ada.
Jika pemimpin PKR sudah tidak meletakkan harapan pada calon mereka.
Apakah harapan yang boleh penduduk N51 Balingian letakkan pada calon PKR?
No comments:
Post a Comment