Tuesday 18 March 2014

SPR berpuas hati kelancaran proses penamaan calon PRK DUN Balingian

MUKAH: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berpuas hati dengan kelancaran proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

 
Sambil gembira dan menyifatkan sebagai yang terbaik, beliau memberitahu bahawa proses penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah mulai jam 9 pagi tidak membabitkan sebarang pergaduhan atau kekecohan.

 
“Saya begitu suka dan gembira kerana proses penamaan calon PRK di DUN Balingian berjalan dengan begitu lancar dan tidak ada masalah dihadapi.

 
“Saya dapati penyokong-penyokong calon di luar pun tidak begitu ramai iaitu dalam lingku-ngan 1,500 orang dan mereka juga tidak melanggar peraturan dan saya difahamkan sehingga peng-umuman dibuat tidak ada perkara luar biasa berlaku.

 
“Jadi proses penamaan calon di sini saya fikir antara yang terbaik kerana mendapat kerjasama yang begitu baik daripada semua pihak dan pegawai pengurus pilihan raya bersama penolongnya dapat menjalankan tugas dengan begitu baik dan saya juga yakin PRK DUN Balingian akan menjadi contoh kepada PRK-PRK yang lain,” katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon di sini semalam.

 
Abdul Aziz membayangkan bahawa proses kempen sepanjang PRK DUN Balingian berjalan dengan lancar sebagaimana proses penamaan calon semalam.

 
“Sebagaimana proses penamaan calon hari ini (semalam) begitu lancar dan saya yakin semasa kempen juga berjalan lancar dan saya harap sehingga hari pengiraan undi dan pengumuman tidak ada perkara luar biasa berlaku.

 
“Jadi dengan pengumuman calon-calon bertanding, maka sahlah PRK DUN Balingian dan kempen kini bermula.

 
“Mesyuarat telah diadakan antara pegawai pengurus dan calon-calon untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan semasa kempen,” katanya.

 
Difahamkan tempoh berkempen tamat sehingga jam 12 malam pada 28 Mac (Sabtu).
Selepas itu tidak boleh kempen lagi dan SPR melantik tiga pasukan petugas pilihan raya bagi memantau calon-calon berkempen supaya mereka sentiasa mengikut undang-undang.

 
PRK DUN Balingian menyaksi-kan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang.

 
Calon BN memasuki pusat penamaan calon lebih awal iaitu jam 9.04 pagi kemudian diikuti calon PKR jam 9.08 pagi.

 
Proses penyerahan borang kedua-dua calon nampaknya tiada kesilapan dan tidak ada masalah dan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

 
Bagaimanapun, SPR tidak dapat membuat pengumuman awal kerana mengikut udang-undang jam 9 hingga 10 pagi adalah tempoh penamaan calon.

 
-Utusan Borneo
 
 

No comments:

Post a Comment