Tuesday 11 March 2014

#PRKBalingian : Sukan Eratkan Hubungan Belia di Balingian

Belia di Daerah Kecil Balingian aktif melibatkan diri dalam aktiviti sukan walaupun tidak mempunyai sebarang persatuan.
 
Di antara aktiviti sukan yang sering disertai oleh golongan belia di daerah kecil ini ialah bola sepak, sepak takraw badminton serta futsal.
 
Semangat kesukanan yang kuat tidak mematahkan semangat mereka untuk bergiat aktif dalam sukan yang diminati masing-masing.
 
Aktiviti kesukanan yang hanya aktif dikawasan perkampungan ini,belia disana amatlah bijak mengubah corak aktiviti kesukanan ini dengan mengadakan perlawanan persahabatan antara kampung, ini sekaligus mengeratkan persahabatan antara belia dan mengukuhkan perpaduan antara kampung-kampung.
 
Dengan itu, sebagai contoh anak muda yang tinggal dikawasan bandar lebih cenderung kepada aktiviti sukan di arena-arena,gelanggang futsal yang disediakan ini mungkin berbeza jika dibandingkan dengan belia di Balingian.
 
Mungkin ini yang boleh dijadikan sebagai contoh yang baik buat belia diluar sana kemudahan asas bukan penyebabnya untuk kita tidak bergiat aktif. 
 
Tahniah dan syabas belia Balingian diatas usaha dan semangat kesukanan yang kental demi memajukan belia ditempat mereka.-Sarawakiana .
 
 
 

No comments:

Post a Comment