Tuesday 18 March 2014

Majlis Perasmian Program Kebajikan 1 AZAM #PrkBalingian

MUKAH: Majlis Perasmian Program Kebajikan 1 AZAM di Dewan Serbaguna Kpg Teh telah diadakan disini pada hari ini.

Program tersebut telah dihadiri sekitar 300 orang penduduk tempatan dan dari kawasan sekitar seawal jam 8 pagi dan telah diadakan juga pelbagai slot motivasi kekeluargaan.

Ketika berucap Pengerusi Pusat Dalam Komuniti (PDK) En Rafiee bin yahya ada menyatakan hasrat untuk memohon bantuan untuk PDK Mukah, warga emas dan juga peralatan asas untuk dewan kampung.

Fatimah yang merangkap Menteri Kebajikan Wanita dan Keluarga berucap ketika majlis tersebut menyeru supaya kesemua golongan wanita turun untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihanraya kecil PRK DUN N.51 Balingian 29.Mac ini nanti.

Menyedari hakikat bahawasanya golongan pengundi wanita yang lebih ramai daripada pengundi lelaki dikawasan DUN Balingian, beliau juga Timbalan Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB)  ada menyatakan bahawa mereka perlu berusaha keras dan memastikan kemenangan untuk Barisan Nasional untuk PRK DUN Balingian kali ini.

Dalam ucapannya beliau turut menggesa supaya para penduduk yang memerlukan bantuan kerajaan untuk meningkatkan status ekonomi mereka dengan berdaftar dengan sistem eKasih.

Turut hadir di majlis tersebut, professor Dr. Shafie Logom dan Rafiee Bin Yahya. 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment