Friday 21 March 2014

#PrkBalingian: Bukti Kecemerlangan Kerajaan BN

IGAN: Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) membawa banyak pembangunan dan kemajuan dalam pelbagai aspek, kata Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abu Seman Jahwie.

Pencapaian ini, katanya, membuktikan BN bukan sahaja mempunyai kelayakan tetapi terbukti sebagai kerajaan yang membela nasib rakyat.

“Maka dengan prestasi yang telah terbukti itu, kita berharap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, kita mampu mengekalkan kerusi tersebut agar terus menjadi kubu kuat BN.

“Berfikirlah dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan yang di luar jangkaan. Kemenangan BN dengan sendirinya akan mewujudkan kesinambungan perkhidmatan terbaik BN yang dinikmati rakyat kawasan berkenaan selama ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Warta Seksyen Enam Kanun Tanah Negeri Bahagian Mukah di sini, semalam.

Bercakap lanjut mengenai PRK DUN Balingian, Abu Seman menggesa semua jentera parti agar jangan bersikap sambil lewa sebaliknya perlu bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh sehingga selesai tempoh berkempen.

Menurutnya yang juga merupakan ADUN Jamoreng, rakyat jangan sekali-kali menjadikan PRK tersebut sebagai bahan uji kaji kerana kesilapan mereka memangkah undi  boleh mengundang padah.

“Saya yakin rakyat sudah matang. Justeru  jika mereka mahu kemajuan dan pembangunan,  sokongan yang kuat kepada BN mesti diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan rakyat selain menyalurkan bantuan terutamanya dalam aspek pendidikan generasi muda.

Beliau berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik pembangkang yang tidak pernah mengotakan janji mereka, katanya.


No comments:

Post a Comment