Monday 24 March 2014

#PrkBalingian: Mukah sebagai Pusat melahirkan Modal Insan - Awang Tengah



MUKAH - Untuk memastikan para usahawan kita terus maju, pelbagai bantuan turut disediakan oleh kerajaan dari segi kewangan dan khidmat nasihat untuk membantu PKS di negeri Sarawak mengembangkan perniagaan di peringkat domestik mahupun ke luar negeri. Selain MID, agensi lain turut menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran atau pinjaman.

Antaranya ialah Skim Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Geran Pembangunan Pasaran (MDG), Program Usahawan Desa Pelbagai, Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Transformasi Bengkel Automatif (ATOM), TEKUN, AIM, MARA, Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP), Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) dan lain-lain antara perkara yang diwar-warkan di Seminar Perdagangan dan Perindustrian yang diadakan di Dewan Suarah Mesra Mukah hari ini.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak.

Beliau berkata, 'Kita akan menjadikan Mukah sebagai "Smart City" iaitu sebagai pusat melahirkan modal insan dimana kita akan menghasilkan tenaga mahir serta profesionnal".

"Sebab itu kita dapat lihat disini (Mukah) terdapat pelbagai tempat-tempat pengajian yang telah dibina seperti MRSM, UITM, POLITEKNIK dan lain-lain lagi yang dalam perancangan untuk dibina"

Tambah beliau lagi, "Industri kecil dan sederhana sebenarnya tulang belakang kepada ekonomi negara sekaligus merupakan bidang yang memberi peluang pekerjaan yang banyak".

"Hal ini akan meningkatkan negeri Sarawak ke taraf maju serta berpendapatan tinggi kelak".

Beliau dalam pada itu turut menggesa kepada peserta-peserta yang hadir pada seminar ini supaya merebut peluang kerana sebelum ini dibawah agensi-agensi Kerajaan telah banyak memberi bantuan kewangan termasuklah MIDF yang memberi pinjaman sebanyak RM10.937 juta pada tahun 2013 diikuti oleh TERAJU untuk Dana Teras sebanyak RM320 juta dan Dana Pembangunan Halal sebanyak RM280 juta, TEKUN melalui Skim Pembiayaan Tekun Nasional sebanyak RM26.4 juta, SME Corp sebanyak RM10 juta dan SME Bank sebanyak RM427 juta.

Selain agensi diatas, pihak Kementerian sendiri juga ada menyediakan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS). Sehingga 2013, sebanyak 171 permohonan berjumlah RM11.1 juta telah diluluskan dibawah skim ini untuk pengusaha Bumiputera bagi mengembangkan perniagaan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, dan teknologi maklumat.- Sarawakiana (http://www.sarawakiana.net/2014/03/prkbalingian-mukah-sebagai-pusat.html )

No comments:

Post a Comment