Balingian: Press Metal Sarawak Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelebur aluminium pertama di Malaysia, di sini, menyatakan mereka menggunakan teknologi terkini dalam operasinya.
Dato Paul Koon, selaku Ketua Pegawai Eksekutif kilang tersebut juga memberitahu pihak pemberita yang menghadiri sidang media di sini,” kami juga tidak terlepas dari tohmahan dari beberapa NGO tempatan mengaitkan kami dengan pencemaran kesan dari operasi kilang”. Beliau dalam menjawab isu berkenaan mengalu-alukan kedatangan pelawat untuk melihat sendiri proses operasi kilang tersebut.
“3 bulan sekali juruaudit luar akan datang ke kilang kami untuk memantau prosedur standard operasi kilang”, tambahnya lagi. Selain itu, Dato Paul juga berkata, teknologi terkini yang mereka gunakan disamping mematuhi peraturan ketat Jabatan alam Sekitar (JAS) Sarawak menunjukkan operasi kilang mereka setanding dengan satu lagi kilang yang beroperasi di tengah-tengah bandar di Dubai dan Jerman sekaligus membuktikan bahawa hampir tiada kesan pencemaran alam sekitar.
“Hubungan kami dengan penduduk sekitar sememangnya amat baik sekali”, tambah Dato’ Paul. Press Metal juga kerap kali mengadakan aktiviti sosial bersama masyarakat tempatan dan beliau amat berterima kasih diatas reaksi positif mereka.
Kenyataan itu menolak persepsi serta tohmahan NGO yang ditaja oleh parti politik yang sedang hangat menggunakan isu pencemaran di kawasan Balingian, Mukah. Dengan teknologi terkini dan pelaburan modal sebanyak RM3 billion, membuktikan Press Metal tidak mengganggu alam sekitar di kawasan Balingian, Mukah. -SarawakOnline ( http://www.sarawakonline.com/2014/03/press-metal-sarawak-patuhi-piawaian.html )
No comments:
Post a Comment