Tuesday 11 March 2014

#MH 370, USAHLAH BERNUJUM DENGAN BERBAGAI ANDAIAN..

Oleh: Rizan
Anda bebas membuat berbagai andaian tentang MH 370. Tapi apabila ia melibatkan al-Quran dan alam Ghaib, ia perlu diberi peringatan.
 
Ada yang cuba mengaitkan MH 370 dengan al-Quran pada ayat tertentu yang kononnya menyatakan kapal belayar boleh dikaramkan Allah. Itu salah, kerana al-Quran adalah KITAB HIDAYAH & BUKANNYA KITAB AHLI NUJUM.
 
Ada juga yang mendakwa mendengar jeritan penumpang MH 370 ketika asyik membaca al-Quran.
Janganlah dimurahkan al-Quran sebagai sejenis MIKROSKOP atau EARPHONE GHAIB yang mampu menanggap suara-suara misteri.
 
Kalau benar anda dengar sekalipun, ia adalah khayalan anda dan bukannya berkait dengan al-Quran.
Kalau anda mampu mendengar, mengapakah ramai lagi para hafiz al-Quran yang lidahnya berterusan membaca al-Quran tidak membuat dakwaan sedemikian.
 
Jika benar anda dapat mendengar sekalipun kerana KEHEBATAN atau KARAMAH anda, ia bukan hujah dan USAHLAH diceritakan kepada umum kerana ia bakal MEMBERIKAN HARAPAN PALSU YG MEMERITKAN KELUARGA MANGSA.
 
Ia juga menjadi bahan lawak orang ramai atau menunjukkan betapa sesetengah orang Islam begitu KHURAFAT.
Tambah parah lagi, KHURAFAT sedemikian dijustifikasikan dengan al-Quran. Percayalah bahawa al-Quran jauh lebih mulia atau hebat dari tanggapan remeh anda... 
 
 
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati) (al-Naml[27:65])
 
 
 

No comments:

Post a Comment