Thursday 27 March 2014

#PrkBalingian: BN Turun Habis-habisan Selesaikan Isu Di Balingian


MUKAH - Yussibnosh Balo, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi dewan undangan negeri Balingian kini boleh menarik nafas lega.

Ini kerana, beliau yang pertama kali menjadi calon pilihan raya dan begitu disenangi pengundi yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu/Melanau, kini mendapat bantuan daripada beberapa jurukempen berprofil tinggi untuk memperkenalkannya kepada pengundi Iban dan Cina.

Beberapa menteri juga turun padang untuk membantu beliau dan mereka termasuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Anak jati Balingian ini juga mendapat bantuan daripada beberapa tokoh wanita dalam usaha meraih sokongan besar daripada keseluruhan 6,715 pengundi wanita di kawasan itu. Mereka terdiri daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah.

Lebih istimewa, bekas pegawai daerah Dalat berusia 48 tahun ini, yang terkenal kerana sifat peramahnya, turut mendapat sokongan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, yang sanggup turun padang dalam cuaca panas untuk berkempen baginya dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang, 55.

Adenan, yang menggantikan Taib sejak sebulan lepas, terbukti amat disenangi orang ramai kerana sifatnya yang suka bercakap secara berterus terang dan kadangkala gemar membuat jenaka dengan selamba.

Kerusi Balingian mempunyai 13,366 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu, 7,7059 (57.6 peratus) adalah pengundi Melanau/Melayu; 3,875 (29 peratus), Iban dan 1,683 (12.6 peratus) Cina. Secara keseluruhan, mereka terdiri daripada 6,651 pengundi lelaki dan 6,715 pengundi wanita. Kebanyakan pengundi Melanau/Melayu dikenali sebagai penyokong kuat BN, tetapi terdapat beberapa isu yang dikatakan tidak begitu menggembirakan pengundi Iban dari 78 rumah panjang.

"Sebagai bos baharu (ketua menteri), saya akan pastikan semua wakil rakyat melawat kawasan masing-masing sekurang-kurangnya sekali setahun sambil menyampaikan projek kecil. Jika tidak, mereka akan kena marah dengan saya," kata beliau.

Sementara itu, dalam kempennya, Muhyiddin membawa khabar gembira kepada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah di Balingian dan Mukah apabila beliau mengumumkan peruntukan RM60 juta untuk membina sekolah menengah pertama di Balingian dan bantuan RM19 juta untuk membina semula sekolah rendah SK Kampung Tellian.

No comments:

Post a Comment