Thursday 27 March 2014

#PrkBalingian: Rasional Sarawak Tolak “Orang Luar” Ada Natijahnya


Beberapa akhbar tempatan, baik di media sosial mahupun blog kebelakangan ini telah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Bin Haji Satem yang tidak mahu ekstrimis politik daripada Semenanjung datang membuat onar di negeri ini. 

Kenyataan ini jelas ditujukan kepada Pakatan Rakyat yang dilihat gemar bermain isu sensiviti kaum serta agama dimana ianya sama sekali tidak kena dengan suasana di negeri yang dihuni pelbagai etnik serta agama ini. 

Tindakan sewajarnya diambil oleh Kerajaan Negeri adalah mengarahkan mereka berpatah balik adalah tepat, sepertimana yang berlaku terhadap Tian Chua dan Rafizi Ramli.    

Bahkan kenyataan ini juga turut ditujukan kepada parti komponen Barisan Nasional iaitu UMNO apabila Ketua Menteri turut menjelaskan bahawasanya beliau “tidak gemar dengan permainan mereka”. Ini satu kenyataan yang adil. 

Beliau dengan nada yang tegas berkata “mereka tidak faham budaya orang Sarawak, kita perlu berhati-hati dengan mereka dan walaupun pihak tersebut mengancam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kita, mereka tidak akan berjaya kerana kita setiap kali undang-undang berpihak kepada kita”.

Kenyataan ini kerap dinyatakan beliau semasa menghadiri beberapa kempen untuk Barisan Nasional sempena pilihan raya kecil Dun Balingian yang menyaksikan calon BN iaitu Yussibnosh Baloh ditentang oleh calon PKR daripada Bintulu iaitu Abdul Jalil Bujang.

Natijahnya dapat kita lihat di Semenanjung apabila “politik berbentuk perkauman” ini menang dibeberapa kawasan, masalah perkauman masih lagi berlaku sehingga kini. Ibarat rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi.

Dan hal seperti ini menjadi kegusaran kepada kepimpinan negeri kerana budaya sedemikian tidak perlu “diImport” dan “diEksport” di negeri yang telah mengamalkan budaya perpaduan hidup satu bumbung sejak 100 tahun lalu. 

Erti kata lain, orang Semenanjung yang datang untuk berpolitik disini dirasakan “kedatangan tidak perlu” kerana tidak memberi apa-apa kebaikan terutama sekali politik yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. 

Janganlah kerana nyamuk seekor habis kelambu yang kamu bakar, mengambarkan tindakan mereka mengheret pelbagai isu pertelagahan sesama sendiri di Semenanjung kemudian dibawa ke negeri yang makmur ini.   

Menolak nya kami politik sedemikian difikirkan jauh lebih baik, kerana pembangunan di negeri ini tidak akan tercapai sekiranya perpaduan di antara kaum rosak angkara cara politik daripada semenanjung.

Kami belajar daripada sejarah, untuk kami mengulangi kesilapan 100 tahun lalu adalah langkah kurang bijak.

No comments:

Post a Comment