Tuesday 18 March 2014

Undi BN tanda berterima kasih kepada Taib.

MUKAH: Mengundi calon Barisan Nasional (BN) bermakna orang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian berterima kasih kepada bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata sebelum mengosongkan kerusi DUN Balingian, Taib berat hati untuk berbuat demikian kerana amat senang hati berjuang membangunkan negeri ini.

“Jika anda semua meng-hargai sumbangan beliau selama ini, kalau malu (hormat) dengan Taib semua kita akan undi BN.

“BN adalah parti Abdul Taib (satu ketika dahulu) dan pernah menjadi pemimpin kita sebelum ini,” katanya ketika Majlis Pe-lancaran Jentera Pemuda BN oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang MDDM semalam.

Menurutnya, Mukah kini mampu megah dengan kemajuan dikecapinya hasil kebijaksanaan pemimpin BN dalam menggerakkan kerja-kerja pembangunan.

“Dahulu Mukah hanya kawasan nelayan tetapi kini ia telah berubah. Siapa yang bagi? Tentu ia diusahakan BN dan Abdul Taib,” katanya.

Muhyiddin juga mahu pengundi memilih calon BN Yussibnosh Balo, sebagai tanda meneruskan warisan perjuangan Taib yang disifat-kannya sebagai pemimpin yang banyak berjasa.

Beliau yakin Yussibnosh mampu meneruskan legasi Taib dalam membangunkan Mukah, sekali gus BN akan menempa kemenangan pada 29 Mac ini.

Meskipun kemenangan merupakan satu jangkaan, beliau mahu jentera Pemuda BN bergerak dalam satu nada.

“Pemuda BN perlu turun padang dan bergerak sederap sebagai satu pasukan dan jangan ada perselisihan,” tegasnya.

Jentera pilihan raya amat penting katanya dalam menentukan kemenangan besar Yussibnosh kelak.

“Anda mempunyai tugas dan tanggungjawab sekarang. Perkenalkan calon kita kepada semua. Beliau adalah calon yang bagus,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa-tinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Ketua Pemuda BN Sarawak Datuk Fadillah Yusof.

Pelancaran itu menyaksi-kan Muhyiddin menyerahkan bendera kepada 29 kawasan pilihan raya dalam DUN Balingian.

-Utusan Borneo



No comments:

Post a Comment