Wednesday 26 March 2014

#PrkBalingian: Kita Lebih Utamakan Pembangunan Rakyat - Awang Tengah

Mukah 26 Mac - Bertempat di Dewan Suarah Mesra Mukah hari ini berlansungnya majlis Pelancaran Pembinaan Kompleks Peryatim Mukah serta SK.Agama Mukah yang telah dirasmikan oleh Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber & Alam Sekitar. Turut hadir bersama Datuk Ir. Haji Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Islam Sarawak , Datuk Haji Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia serta dif-dif kehormat yang lain.

Pembinaan kedua-dua prasarana itu merupakan julung-julung kalinya dibina di bandar ini manakala Kompleks Peryatim Mukah yang bakal siap kelak antara Kompleks yang kelima di negeri ini selepas Kuching, Sibu, Miri dan juga Bintulu. Kompleks berkenaan dibina ditepi pantai serta mampu menampung 200 anak yatim, 100 lelaki manakala 100 perempuan.

Menurut Yang Berhormat Awang Tengah, pembinaan Kompleks Peryatim di Mukah ini bukan beerti mahu memisahkan mereka dengan keluarga sebaliknya Kerajaan begitu prihatin bagi menyediakan pendidikan yang sempurna kepada mereka selain menyediakan tempat tinggal yang kondusif supaya kebajikan anak-anak Yatim kelak terjaga.

Hasrat pembinaan Kompleks Peryatim Mukah ini telah diumumkan oleh Mantan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud semasa Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang disambut di Mukah pada tahun lalu.

"Kerajaan mengambil berat akan kebajikan rakyat serta komited dalam melaksanakan pembangunan rakyat di negeri ini termasuk pelbagai lapisan masyarakat secara menyeluruh malah pembangunan akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat tidak kira samada diluar bandar mahupun didalam bandar" ujar beliau.

Tambah beliau lagi, "ini adalah penekanan utama kita bagi melahirkan modal insan malah perkara ini akan memberi pulangan yang baik kepada generasi masa depan kelak".

Antara lain, SK Agama Mukah yang 65% siap dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan Julai tahun ini. Menelan kos sebanyak 23 juta, sekolah SK Agama Mukah ini mampu menampung 700 pelajar pada satu-satu masa. - sarawakiana
 

No comments:

Post a Comment