Thursday 20 March 2014

TPM lawat Balingian hari ini #PrkBalingian

MUKAH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Balingian dan Kampung Telian, hari ini.
 
Menurut maklumat yang dikeluarkan Pusat Media Pilihan Raya Kecil Balingian, Jabatan Penerangan Sarawak semalam, Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan merasmikan Jambatan Batang Balingian di pekan Balingian pada sebelah pagi.
 
Pada petangnya Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Telian Mukah.
 
Muhyiddin dijadual pulang ke Kuala Lumpur lewat petang ini.  
 
 

No comments:

Post a Comment