MUKAH - Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaludin yang juga selaku Ketua Pemuda Barisan Nasional turun padang mendekati belia di Mukah hari ini.
Dalam lawatan ringkas itu, beliau telah menyampaikan sumbangan peralatan sukan kepada persatuan serta kelab belia di Mukah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Beliau dalam pada itu, turut menggesa golongan belia supaya menubuhkan persatuan belia supaya kemudahan kegiatan sukan dapat disalurkan.
'Saya melihat pendekatan yang digunakan oleh Pemuda Barisan Nasional Sarawak amat tepat sekali sebab kita lebih fokus kepada program-program mendekati generasi muda, secara santai, secara bersahaja, dan juga kita pilih program-program yang menepati citarasa mereka, seperti program sukan, program rekreasi dan sebagainya.'
No comments:
Post a Comment