Tuesday 18 March 2014

"NANG KAMBOH" - YUSSIBNOSH DAPAT SOKONGAN PADU DARI ARMADA PEMUDA PBB

BALINGIAN - "Kami di pergerakan Pemuda PBB akan bekerja keras untuk memastikan bukan sahaja BN akan menang tetapi menang bergaya..itulah tekad dan azam kami".. demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof.
Selain itu beliau turut memberitahu bahawa pihaknya akan bersama-sama turun padang pada pilihanraya itu nanti serta berikrar dan berazam calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang disandang oleh Yussibnosh Balo menang besar pada Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis penangguhan Program Armada Pemuda PBB bertema "Nang Kamboh" di Dewan Kota Samarahan di sini malam Sabtu lalu.

Beliau berkata, pemilihan Yussibnosh Balo 48 dari Kampung Telian Mukah sebagai calon BN adalah tepat. 

"Beliau sudah lama berkhidmat dan tahu cara menyelesaikan masalah rakyat khususnya di kawasan setempat, saya kira inilah pilihan terbaik dan saya yakin penduduk di Balingian ini akan memberi sokongan padu kepada calon ini" ujarnya.- Sarawakiana
 
 
  

No comments:

Post a Comment