Thursday 20 March 2014

#PrkBalingian: KM berjanji Beri Sokongan padu Kepada Yussibnosh

MUKAH: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berjanji bahawa beliau akan menjadi tulang belakang kepada calon Barisan Nasional (BN) Yussibnosh Balo pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

“Saya akan menjadi tulang belakang beliau. Apabila dia meminta peruntukan, saya akan memberikan kerana kita daripada parti yang sama dan dia adalah sokongan saya.

“Dan jika calon pembangkang yang meminta peruntukan itu walaupun dia menang saya tidak akan bagi apa-apa dan ini bukan bercakap sombong tetapi realiti,” katanya yang juga merupakan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

 “Perbezaan kedua antara mereka ialah, PKR sekadar ‘tin kosong’ yang dapat membuat bunyi kuat tetapi tidak ada apa-apa, “ katanya pada sesi bertemu rakyat di Dewan Komuniti Abdul Rahman Yakub di Kampung Tellian Laut, Mukah semalam.

Adenan turut menyampaikan hasrat Taib sebelum beliau bersara, “Sebelum beliau bersara, beliau memberitahu saya untuk mengingatkan anda apa yang telah dilakukan untuk rakyat Balingian dan ingat yang dia telah menyumbang kepada rakyat di kawasan ini dan seluruh negeri ini.

“Jadi saya perlu memberitahu anda bahawa jika anda benar-benar menghargai, dia mahu anda semua mengundi calon BN-PBB.

“Tetapi jika anda mengabaikan nasihat beliau, ia bermakna anda akan tulah kerana dia telah melakukan begitu banyak untuk anda semua,” katanya.
 
 

No comments:

Post a Comment