Friday 21 March 2014

#PrkBalingian: Pemuda PBB gotong-royong di Penakub Ulu

MUKAH: Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak menganjurkan program gotong-royong menyimen Jalan Balairaya di Kampung Penakub Ulu hari ini.
Ketua Pemuda PBB negeri Sarawak Datuk Haji Fadillah Yusof turut bersama penduduk menjayakan program tersebut.
 
Dalam ucapannya, Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya menyeru agar keutuhan dan perpaduan rakyat berbilang agama yang menjadi kekuatan negeri Sarawak terus dipertahan.
 
"Hanya di Sarawak, sebuah keluarga dengan pelbagai kepercayaan boleh tinggal dalam sebuah rumah, tanpa sebarang konflik" tegasnya.
 
Sehubungan itu beliau berharap rakyat di N51 Balingian agar bersatu memilih calon BN Yussibnosh Balo sebagai wakil mereka. - sarawakiana
 




 

No comments:

Post a Comment