Showing posts with label PRK Balingian. Show all posts
Showing posts with label PRK Balingian. Show all posts

Wednesday, 26 March 2014

#PrkBalingian: Pinjaman TEKUN Bantu Usahawan Melangkah Maju




MUKAH: Majlis Perjumpaan Usahawan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang dihadiri lebih kurang seramai 250 orang usahawan dari sekitar kawasan Parlimen Mukah. Majlis ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pengetahuan kepada para usahawan TEKUN menerusi ceramah.
Majlis ini juga bertujuan untuk mempertemukan para usahawan TEKUN  dari kawasan Parlimen itu sendiri supaya mereka mengenali antara satu sama lain serta menjalinkan hubungan kerjasama dan sekaligus akan membentuk usahasama untuk kebaikan dan kepentingan mereka.
Ini juga akan mewujudkan komuniti usahawan TEKUN yang berdaya usaha ,jujur dan progresif selaras dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera.
Dengan adanya bantuan TEKUN  usaha dari kerajaan ini boleh meringankan para pengusaha-pengusaha mahupun industri kecil dan sederhana dalam memajukan perniagaan mereka.
Semua sedia maklum bahawasanya penduduk dari kalangan penduduk Mukah, Igan, Matu, Daro dan Oya majoritinya mempunyai perniagaan industri kecil dan pengusahanya dari kalangan wanta.
“Wanita di bahagian Zon Tengah ini melibatkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan bagi menampung kehidupan seharian dan kini ramai pengusaha wanita yang berjaya dalam usaha industri sendiri dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan keluarga.” ujarnya.
“Memetik kepada Pilihanraya kecil DUN Balingian yang akan diadakan pada 29 Mac ini nanti, beliau menyeru supaya kaum wanita menggunakan kuasa mereka untuk mengajak keluarga supaya turun mengundi, kerana hanya dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional semua impian boleh jadi realiti demi kesejahteraan kaum bumiputera disini dan sekaligus sebagai tanda terima kasih kepada mantan ADUN Balingian yang kini Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak. “ ujarnya lagi ketika merasmikan Majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN di Kingwood Resort hari ini.
Penyerahan cek pinjaman TEKUN bernilai RM262,000.00 kepada usahawan TEKUN bagi Parlimen Mukah. Turut hadir YB Abu Seman Jahwie ADUN N.38 Jamoreng ,En Suhairul Bin Mohd Sani merangkap Pengarah Strategik TEKUN Nasional, En Md Ahirun Bin Ruba’ain merangkap Pengurus Besar TEKUN Nasional. - sarawakiana
  

Tuesday, 25 March 2014

#PrkBalingian: Penduduk Tempatan Tolak Kehadiran Anwar Ke DUN Balingian.




Ternyata kehadiran Anwar ke DUN Balingian tidak disenangi oleh penduduk dari kawasan sekitar dimana dimana pelbagai suku kaum rata-rata menolaknya dari memasuki ke kawasan DUN Balingian.

Gambar diatas adalah beberapa gambar yang diambil oleh kami sepanjang perjalanan ke Balingian. Adakah dengan kehadiran Anwar disini akan mengubah segalanya??? 

Sudah semestinya kedatangannya kesini akan menyebar fitnah serta tipu helah serta huru hara.. Adakah ini yang anda mahu, kehadiran seorang pemimpin Pakatan Rakyat yang hanya menangguk di air yang keruh... 

Renungkan dan hargailah kepimpinan yang sedia ada di DUN Balingian ini kepimpinan dibawah kerajaaan Barisan Nasional dimana pembangunan yang semakin pesat dan yang penting sekali kekalkan perpaduan antara kaum keharmonian tempat kita kini dan selamanya. #BN4Balingian #PrkBalingian


Monday, 24 March 2014

#PrkBalingian: Penurunan Majoriti Bukti Protes Terhadap PKR



MUKAH: Penurunan majoriti dimenangni PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, 23 Mac lepas dan penurunan peratusan keluar mengundi menggambarkan rasa tidak puas hati pengundi terhadap parti itu.

Naib Presiden Kanan PBB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata demikian bagi mengulas kemenangan PKR pada PRK Kajang menewaskan calon BN dengan majoriti 5,379 undi, menurun berbanding 6,824 undi majoriti pada Pilihan Raya Umum 2013.

“Terdapat signifikan ke atas penurunan tersebut berbanding Pilihan Raya Umum 2013 dan ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak gembira dengan apa yang berlaku di Kajang.

“Malah saya berpendapat bahawa antara sebab penurunan majoriti ialah ada di kalangan mereka yang merasakan bahawa Pilihan Raya Kecil tersebut tidak perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Seminar Perindustrian dan Perdagangan di Dewan Suarah Mukah di sini semalam.

Tambah Awang Tengah, PRK Kajang dilihat mencemar sistem demokrasi negara dan mempunyai motif peribadi demi kepentingan pihak tertentu.

Sebab itu sokongan orang ramai dan pengundi menurun meskipun PKR diwakili oleh Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengulas mengenai kehadiran lebih ramai pemimpin PKR ke Sarawak bagi membantu PKR pada PRK Balingian, Awang Tengah berkata tiada apa yang harus dirisaukan.

Ini kerana katanya rakyat tetap menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus yakin dengan komitmen BN dalam membantu dan membangunkan rakyat.

“Saya tidak tahu apa pergerakan mereka (PKR) kerana saya hanya memikirkan mengenai kelancaran bilik operasi jentera BN di Balingian,” katanya.

Tambah Awang Tengah, rakyat tahu kemampuan BN dan menyedari bahawa PKR tidak akan mampu melakukan sebaik BN.

Beliau turut mengingatkan rakyat mengenai legasi yang ditinggalkan oleh bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang berjaya mentransformkan Balingian termasuk Mukah.

“Saya yakin rakyat akan terus menyokong BN dan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem telah menjelaskan akan meneruskan rancangan yang baik untuk semua,” kata Awang Tengah.- Sarawakiana (http://www.sarawakiana.net/2014/03/prkbalingian-penurunan-majoriti-bukti.html)

#PrkBalingian: Kawasan Iban Di Balingian Tidak Terpinggir


BALINGIAN: Kebanyakan kawasan Iban di Balingian kini mempunyai akses jalan raya, bekalan air dan elektrik yang baik, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau memberitahu untuk itu rakyat di kawasan itu tidak seharusnya memberi sokongan kepada ‘orang luar’ iaitu calon pembangkang.

“Bagi kami daripada Barisan Nasional (BN), kami meletakkan calon tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman iaitu saudara Yussibnosh Balo dan sekiranya beliau dipilih menjadi wakil rakyat di sini maka lebih banyak pembangunan akan dapat dilaksanakan untuk kawasan anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Pemasangan Elektrik Luar Bandar (RES) di Rumah Umin, Sungai Liok di sini semalam.

“Malah, isteri calon kita adalah dari kalangan masyarakat Iban, beliau pastinya akan memberi tumpuan kepada kamu (orang Iban),” tambahnya.

Shafie memberitahu, kerajaan telah membelanjakan RM1.7 juta untuk RES di kawasan luar bandar yang telah memberi manfaat kepada 360 orang daripada lima rumah panjang iaitu Rumah Bangan, Rumah Manggi, Rumah Randi, Rumah Kasit dan Rumah Umin.

Menurutnya, kerajaan juga telah memperuntukkan RM60 juta untuk kemudahan asas bagi DUN Balingian dari tahun 2010 hingga 2015.

Pada masa sama beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat juga mahu melihat pembangunan yang holistik di kawasan luar bandar.

“Kita juga akan melaksanakan cara untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan luar bandar selain memberi kemudahan asas seperti air, elektrik dan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, antara cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar adalah faktor fizikal dan geografi penempatan luar bandar di Sarawak.

“Disebabkan kita menggunakan pelbagai kaedah untuk melaksanakan kemudahan asas di kawasan pedalaman terutama penempatan rumah panjang contohnya, kita mahu menyambung bekalan air bersih ke rumah panjang yang beratus kilometer jauhnya dari pusat rawatan air, maka ia memerlukan kos yang tinggi.

“Maka itu, kita menggunakan teknologi nano terkini untuk merawat air yang lebih menjimatkan untuk mengatasi masalah tersebut,” katanya.

Sementara itu tambahnya, bagi bekalan elektrik pula, kerajaan menggunakan kaedah teknologi tenaga solar dan mikro hidro.

“Bagi sesetengah tempat kita menggunakan tenaga angin untuk menghasilkan elektrik,” jelasnya.

Menyentuh mengenai calon BN, Shafie yakin rakyat di Balingian akan memilih calon itu pada 29 Mac.

“Pengundi di sini sudah matang dan saya yakin mereka akan memilih dengan bijak iaitu dengan mengundi calon BN…slogan ‘Keadilan Untuk Anwar’ tidak releven di sini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kira-kira 80 peratus populasi di negeri ini sudah menikmati kemudahan RES dan 90 peratus kemudahan bekalan air dirawat.

Jelasnya, di bawah NKRA, kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1.7 bilion untuk melaksanakan RES dan sejumlah RM1.7 bilion untuk bekalan air terawat.

Hadir sama Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar Datuk Julaihi Narawi serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi.- Sarawakiana (http://www.sarawakiana.net/2014/03/prkbalingian-kawasan-iban-di-balingian.html)

#PrkBalingian: Pembangkang Tidak Mampu Menggugat BN



MUKAH: Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin bahawa pihak pembangkang tidak akan mampu menggugat kedudukan Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Katanya keyakinannya itu adalah bersandarkan kepada persediaan yang dilakukan oleh jentera BN di peringkat akar umbi cukup baik.

 “Perkara ini terbukti selepas saya bersama penduduk kampung mengadakan perbincangan ringkas di bilik gerakan BN-PBB Kampung Judan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berambeh Bersama Rakyat di Kampung Judan, Mukah malam kelmarin.

Difahamkan, di Kampung Judan terdapat 390 pengundi yang layak mengundi pada 29 Mac ini.

 “Pembangkang yang menentang BN di kawasan kita sekarang ini bukannya hendak membantu rakyat kerana masalah dalaman parti mereka sendiri tidak dapat diselesaikan apatah lagi nak selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Justeru beliau berharap rakyat akan memberi sokongan padu kepada BN untuk terus memimpin serta meneruskan agenda pembangunan di kawasan Mukah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Muhammad Leo Toyad.

#PrkBalingian: Politik Pembangunan S’wak Lebih Cerah Jika Rakyat Terus Sokong BN




MUKAH: Politik pembangunan Sarawak akan lebih cerah sekiranya rakyat terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, walaupun Sarawak mempunyai kawasan yang agak luas dan telah membangun tetapi ia masih memerlukan lebih banyak pembangunan mapan.

Justeru, kesinambungan politik pembangunan di antara kerajaan negeri dan pusat bersama rakyat di ne-geri ini perlu diteruskan demi pembangunan negeri ini.

Simoi berkata demikian kepada pemberita selepas berkempen membantu calon BN, Yussibnosh Balo semasa berkunjung ke Kampung Suyong dekat Balingian petang kelmarin.

Turut  turun padang membantu calon BN berkenaan ialah anak kepada Perdana Menteri Mohd Nasimuddin Mohd Najib, Ahli Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang serta Setiausaha Politik Ketua Menteri Dayang Roayah Abang Adeng.

Simoi menjelaskan, kawa-san Balingian masih lagi memerlukan banyak pembangunan pada masa depan, oleh itu rakyat di sini seharusnya memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir kawasan ini.

“Saya percaya, rakyat di Balingian ini faham akan situasi yang berlaku dan mereka masih memerlukan BN untuk membangunkan kawasan mereka,” ujarnya.

Oleh yang demikian kata-nya, rakyat di sini seharusnya bijak memilih wakil rakyat yang sesuai yang dapat membawa pembangunan demi masa depan mereka,” ujarnya.

#PrkBalingian: BN Tetap Bersemangat Pertahan Kerusi Balingian


KUCHING: Kejayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Balingian.

Ketua Pemuda BN Negeri Datuk Fadillah Yusof berkata, kemenangan yang diraih PKR itu sebenarnya memberi semangat kepada jentera BN di negeri ini untuk bekerja lebih keras bagi memastikan kerusi DUN Balingian dapat dipertahankan.

Malah menurutnya, semua jentera termasuk Pergerakan Pemuda BN akan berusaha memastikan Yussibnosh Balo menang dengan majoriti besar.

“Saya tidak nampak kemenangan PKR di Kajang memberi kesan negatif kepada BN untuk mempertahankan kerusi DUN Balingian.

“Apa yang diraih PKR sebenarnya memberi semangat kepada BN di Sarawak untuk memastikan kita menang di Balingian dengan majoriti lebih besar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan kejayaan PKR di Kajang akan memberi kesan kepada BN untuk menang di Balingian.

Dalam pertembungan satu lawan satu di DUN Kajang, calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.

Fadillah yang juga Menteri Kerja Raya melahirkan rasa yakin BN akan mendapat undian lebih besar di Balingian.

“Kita akan dapat undi lebih besar di Balingian,” ujarnya sambil menambah bahawa Yussibnosh merupakan calon yang berjiwa rakyat dan mampu menggalas tanggung-jawab dengan baik.

Sehubungan itu Fadillah menasihati pengundi di DUN Balingian supaya tidak terpengaruh dengan propaganda pihak pembangkang.

“Pihak pembangkang sudah pasti akan mencetuskan pelbagai propaganda.

“Namun jika pembangkang menang di Balingian sekali-pun, struktur kepimpinan negeri tidak akan berubah.

“Saya berharap pengundi di DUN Balingian akan membuat keputusan bijak dan jangan terpengaruh dengan apa sahaja propaganda pembangkang,” jelasnya.- sarawakiana (http://www.sarawakiana.net/2014/03/prkbalingian-bn-tetap-bersemangat.html)

#PrkBalingian: BN Tidak Abai Rakyat Luar Bandar


KUCHING: Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam memastikan pembangunan rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, kerajaan yang sentiasa peka kepada pembangunan ekonomi dan keperluan sosial masyarakat, sentiasa berusaha memenuhi permintaan rakyat.

“Bagaimanapun, rakyat perlu faham bahawa kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan sekaligus kerana setiap pelan pembangunan perlu dirancang secara strategik dan ditapis berdasarkan keperluan masyarakat di kawasan tersebut, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Segulai Sejalai di Rumah Tinggom, Sungai Sebuloh, Balingian kelmarin.

“Oleh itu, adalah penting bagi pemimpin masyarakat untuk kekal bersatu apabila membuat keputusan dalam memilih pemimpin yang sesuai sebagai wakil rakyat dalam memastikan pembangunan dapat dijalankan,” katanya.

Justeru, Jabu turut menasihati masyarakat tempatan untuk tidak mudah terpengaruh dengan pembangkang yang sering cuba memesongkan pemikiran masyarakat.

“Hanya penduduk tempatan di sini dapat memahami budaya dan adat kita dan jika dipilih, beliau mampu memenuhi keperluan masyarakat setempat,” tegasnya.

 “Itulah sebabnya kerajaan BN telah memilih Yussibnosh Balo sebagai calon terbaik untuk rakyat di Mukah yang dapat berkhidmat kepada rakyat berbanding calon PKR yang sebelum ini hilang di bawah tangan BN apabila bertanding pada pilihan raya lepas,” katanya.

#PrkBalingian: HIGH LEVEL PROGRAM TO HELP BUMI CONTRACTORS




MUKAH: The Contractors Service Centre (PKK), under the Ministry of Works, has launched a high-level programme this year as one of the steps to strengthen the Bumiputera contractors in the country.
Minister Datuk Fadillah Yusof said under the programme, agencies and government-linked companies could refer to the data base of prestigious Bumiputera contractors.
"It is hoped that the data base will help the government reduce the problem of 'sick' projects and encourage the growth of competitive Bumiputera contractors," he said.
Fadillah said this at the launch of Public Service Programme, which is jointly sponsored by PKK and Akademi Binaan Malaysia, Construction Industry Development Board at Kampung Pulat Balingian near here.
He said PKK has set up a Bumiputera Inspection Programme to audit the standard of the Bumiputera contractor, especially those which received the government contracts.
"The government does not want negative performance to be firmly established like a non-Bumiputera using the licence of a Bumiputera contractor to get the government project," he said.
Fadillah said PKK also planned to have 264 programmes to boost the capacity of over 20,000 Bumiputera contractors involved in management and technical aspects throughout the year.
He said he ministry would cooperate with the Finance Ministry to hold courses on goods and services tax to prepare the Bumiputera contractors to face the challenges ahead. - Bernama

#PrkBalingian: BN AIMS TO GET HIGHER VOTER TURNOUT IN BALINGIAN



MUKAH, March 24 (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) hopes to have more than 70 per cent of voters in the Balingian state constituency to come out to exercise their right on polling day for the Balingian by-election this Saturday.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wanita deputy chief Datuk Fatimah Abdullah said that in the previous election, the voter turn-out was 70 per cent which resulted in then Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud to win the seat with a majority of 5,154 votes.

"This time around, we want a higher percentage in the voter turn-out, so that the vote-majority will be higher," she said at a function in Kampung Telian Ulu here.

Fatimah, who is Sarawak Welfare, Women and Family Development Minister, said the BN election machinery, which had embarked on a house to house campaign, found that the people still favoured the BN.

However, this had to be manifested through votes in the by-election this Saturday, she added.
The Balingian by-election will be a straight fight between BN candidate, former Dalat district officer Yussibnosh Balo and Parti Keadilan Rakyat's (PKR), Abdul Jalil Bujang, a businessman.
Fatimah said 50.2 per cent of voters in Balingian are women, adding that various programmes and activities, including skill courses, were carried to help them to increase their income.
-- BERNAMA




#PrkBalingian: MORE IN STORE IN BALINGIAN

MUKAH: Things are shaping up for the better in the district as the Barisan Nasional government continues to deliver development projects to keep it vibrant.   In the last three years, over RM660 million worth of projects were approved in the Mukah parliamentary constituency, which includes the Balingian and Dalat state seats.
A continuity in development is also BN's key agenda in its bid to retain Balingian in the March 29 by-election.
BN has picked Dalat's former district officer, local man Yussibnosh Balo, to contest against PKR's Abdul Jalil Bujang, who is seen by many as a parachute candidate, as he comes from Bintulu.
State BN Youth chief Datuk Fadillah Yusof said the Mukah parliamentary constituency, which stretches inland from the coast of central Sarawak, would not be neglected.
He said it would take time to bring comprehensive development to the constituency but efforts to boost infrastructure had been ongoing and there was more to come.
Fadillah, who is also works minister, said RM216.68 million had been spent on road projects that span 944.29km in the parliamentary constituency in the past three years, adding that the projects included link roads and bridges.
Another RM122.43 million was spent to provide clean water.
"The piped water supply has now reached nearly 60,000 people while another 2,000 people now have access to alternative water supply," he said.
Other projects that were carried out include RM60 million to provide electricity to 285 communities, longhouses and villages; RM48 million for educational funds; RM35 million for poverty eradication projects and RM180 million for agricultural assistance.
Meanwhile, Pekan Balingian penghulu Shahdan Sahari said more needed to be done to help rural areas here.
"There are still those who do not have clean water supply here and the government needs to develop key economic activities to help people earn a living," he said of Balingian town, which is 60km from Mukah town and shares the same name as the constituency.
Sakinah Abdul Karim, 20, chose the district to build a career after having recently graduated with a diploma in Information Technology.
"Initially, I wanted to find a job in Kuching, but you can see the town here has changed a lot, especially its booming service industry."

-originally posted in New Straits Times, 25 March 2014

#PrkBalingian: Mukah sebagai pusat yang menyelaras pentadbiran pembangunan SCORE

MUKAH:  SCORE dilaksanakan untuk mempercepatkan pembangunan wilayah tengah Sarawak dari Samalaju ke Tanjung Manis,Mukah.

Usaha ini sejajar dengan dasar dan visi kerajaan untuk mentransformasikan Sarawak menyertai Malaysia sebagai negara majumenjelang 2020 bagi mencapai ekonomi bertaraf maju dan berpendapatan tinggi.

Setakat ini, 18 projek yang telah diluluskan melalui lesen pengilang di kawasan SCORE yang melibatkan jumlah pelaburan bernilai RM 29.43 bilion. Dan 15 daripada projek tersebut terletak di Samalaju, 2 projek di Tanjung Manis dan 1projek disini sendiri.

Dengan adanya SCORE ini peluang perniagaan untuk usahawan kecil dan sederhana dan juga membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada lepasan sekolah dan penduduk Sarawak khususnya.

“ Negeri Sarawak sangat bertuah kerana dilimpahkan dengan kekayaan sumber alam semulajadi.  Dengan adanya kestabilan politik disini kerana kerajaan yang dipimpin dibawah kepimpinan Barisan Nasional(BN) yang begitu prihatin kepada seluruh rakyat dan oleh yang demikian, rakyat Sarawak hendaklah sedar bahawa hakikat ini dan menghargai perpaduan serta keharmonian antara kaum yang telah terbina selama ini,” ujarnya ketika berucap di Majlis Perasmian Seminar Perdagangan dan Perindustrian di Dewan Suarah Mesra Mukah disini hari ini.

Turut hadir Datuk Leo Micheal Toyad Ahli Parlimen P.213 Mukah,  Haji Julaihi Narawi merangkap Menteri Muda Perindustrian ,YB Peter Nansian dan yang lain lagi.

#PrkBalingian: Mukah sebagai Pusat melahirkan Modal Insan - Awang Tengah



MUKAH - Untuk memastikan para usahawan kita terus maju, pelbagai bantuan turut disediakan oleh kerajaan dari segi kewangan dan khidmat nasihat untuk membantu PKS di negeri Sarawak mengembangkan perniagaan di peringkat domestik mahupun ke luar negeri. Selain MID, agensi lain turut menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran atau pinjaman.

Antaranya ialah Skim Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Geran Pembangunan Pasaran (MDG), Program Usahawan Desa Pelbagai, Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), Transformasi Bengkel Automatif (ATOM), TEKUN, AIM, MARA, Bumiputera Enterprise Enhancement Programme (BEEP), Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) dan lain-lain antara perkara yang diwar-warkan di Seminar Perdagangan dan Perindustrian yang diadakan di Dewan Suarah Mesra Mukah hari ini.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Bin Ali Hassan, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak.

Beliau berkata, 'Kita akan menjadikan Mukah sebagai "Smart City" iaitu sebagai pusat melahirkan modal insan dimana kita akan menghasilkan tenaga mahir serta profesionnal".

"Sebab itu kita dapat lihat disini (Mukah) terdapat pelbagai tempat-tempat pengajian yang telah dibina seperti MRSM, UITM, POLITEKNIK dan lain-lain lagi yang dalam perancangan untuk dibina"

Tambah beliau lagi, "Industri kecil dan sederhana sebenarnya tulang belakang kepada ekonomi negara sekaligus merupakan bidang yang memberi peluang pekerjaan yang banyak".

"Hal ini akan meningkatkan negeri Sarawak ke taraf maju serta berpendapatan tinggi kelak".

Beliau dalam pada itu turut menggesa kepada peserta-peserta yang hadir pada seminar ini supaya merebut peluang kerana sebelum ini dibawah agensi-agensi Kerajaan telah banyak memberi bantuan kewangan termasuklah MIDF yang memberi pinjaman sebanyak RM10.937 juta pada tahun 2013 diikuti oleh TERAJU untuk Dana Teras sebanyak RM320 juta dan Dana Pembangunan Halal sebanyak RM280 juta, TEKUN melalui Skim Pembiayaan Tekun Nasional sebanyak RM26.4 juta, SME Corp sebanyak RM10 juta dan SME Bank sebanyak RM427 juta.

Selain agensi diatas, pihak Kementerian sendiri juga ada menyediakan Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS). Sehingga 2013, sebanyak 171 permohonan berjumlah RM11.1 juta telah diluluskan dibawah skim ini untuk pengusaha Bumiputera bagi mengembangkan perniagaan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan, dan teknologi maklumat.- Sarawakiana (http://www.sarawakiana.net/2014/03/prkbalingian-mukah-sebagai-pusat.html )

#PrkBalingian : Rakyat Sarawak Tolak Fahaman Pelampau




MIRI: Aktivis Sosial Wan Zain Syed Mohdzar berkata, rakyat Sarawak tidak pernah mengamalkan budaya pelampau sebaliknya ideologi itu cuba dibawa oleh orang luar.

“Sarawak antara contoh yang mengamalkan konsep 1Malaysia dan kita tidak pernah mendengar apa-apa isu perkauman berbangkit sebaliknya ia cuba dibawa oleh orang luar,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata rakyat Sarawak secara keseluruhannya bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem bagi menghalang kemasukan pelampau kaum dan agama.

“Kita menolak sekeras-kerasnya ideologi pelampau perkauman dan agama kerana Sarawak adalah negeri yang bebas daripada isu-isu sensitif seperti ini kecuali ia didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Wan Zain berkata bukti kukuh rakyat Sarawak hidup dalam keharmonian dan keamanan adalah apabila mereka duduk dan makan bersama tanpa mengira agama dan budaya.

Sehubungan itu, adalah wajar Sarawak menolak dan mengusir pengamal ideologi pelampau kerana golongan itu tidak berhak menjejak kaki di Bumi Kenyalang.

“Kita tidak mahu pemikiran rakyat Sarawak diracuni oleh golongan pelampau kerana golongan ini pemusnah keamanan dan keharmonian yang dikecapi rakyat hingga kini,” ujarnya.

Beliau seterusnya memberitahu, semua pihak harus bekerjasama mengusir dan menghalang kemasukan golongan fanatik kaum dan agama kerana mereka ini pemusnah keamanan.

“Oleh yang demikian, adalah wajar semua pihak terus memperkukuh perpaduan kaum supaya apa jua anasir luar yang cuba meresap masuk ke negeri ini dapat dihalang,” katanya. - Sarawakiana ( http://www.sarawakiana.net/2014/03/prkbalingian-rakyat-sarawak-tolak.html )


#PrkBalingian: Press Metal Sarawak patuhi piawaian sedunia.




Balingian: Press Metal Sarawak Sdn. Bhd., sebuah syarikat pelebur aluminium pertama di Malaysia, di sini, menyatakan mereka menggunakan teknologi terkini dalam operasinya.

Dato Paul Koon, selaku Ketua Pegawai Eksekutif kilang tersebut juga memberitahu pihak pemberita yang menghadiri sidang media di sini,” kami juga tidak terlepas dari tohmahan dari beberapa NGO tempatan mengaitkan kami dengan pencemaran kesan dari operasi kilang”. Beliau dalam menjawab isu berkenaan mengalu-alukan kedatangan pelawat untuk melihat sendiri proses operasi kilang tersebut.

“3 bulan sekali juruaudit luar akan datang ke kilang kami untuk memantau prosedur standard operasi kilang”, tambahnya lagi. Selain itu, Dato Paul juga berkata, teknologi terkini yang mereka gunakan disamping mematuhi peraturan ketat Jabatan alam Sekitar (JAS) Sarawak menunjukkan operasi kilang mereka setanding dengan satu lagi kilang yang beroperasi di tengah-tengah bandar di Dubai dan Jerman sekaligus membuktikan bahawa hampir tiada kesan pencemaran alam sekitar.

“Hubungan kami dengan penduduk sekitar sememangnya amat baik sekali”, tambah Dato’ Paul. Press Metal juga kerap kali mengadakan aktiviti sosial bersama masyarakat tempatan dan beliau amat berterima kasih diatas reaksi positif mereka.

Kenyataan itu menolak persepsi serta tohmahan NGO yang ditaja oleh parti politik yang sedang hangat menggunakan isu pencemaran di kawasan Balingian, Mukah. Dengan teknologi terkini dan pelaburan modal sebanyak RM3 billion, membuktikan Press Metal tidak mengganggu alam sekitar di kawasan Balingian, Mukah. -SarawakOnline ( http://www.sarawakonline.com/2014/03/press-metal-sarawak-patuhi-piawaian.html )