Pilihanraya Kecil Balingan kali ini ternyata berbeza berbanding pilihanraya kecil yang diadakan di Kajang. Ini kerana fokus utama yang diberikan oleh Barisan Nasional selama ini adalah pembangunan rakyat dan bukannya berkisar soal lain malah ianya terbukti benar memberi banyak pulangan kepada penduduk setempat.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, “Apa pun kita yakin akan menang di Balingian nanti kerana telah banyak kali memenanginya sebelum ini, rakyat masih memberi sokongan kepada kita (BN)… apabila tiba masanya, kita akan umumkan siapakah yang akan menjadi calon dan sebagainya,”
Hal ini terbukti benar apabila pembangunan yang dirancang dalam Sarawak seperti SCORE telah banyak membawa Balingan kearah pembangunan yang terancang.
Ketika mengulas siapakah calon wakil rakyat yang akan bertanding di kawasan berkenaan, beliau memberi jawapan positif “Kita masih menunggu SPR untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan mengundi (bagi Pilihan Raya Kecil DUN Balingian) sebelum mengumumkan calon daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) khasnya dan BN amnya.
Menurut Adenan lagi, yang juga presiden PBB dan Ketua Menteri Sarawak, beberapa nama telah dikemukakan kepada beliau untuk dipertimbangkan. Beliau berkata senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat.
Katanya pilihan raya kecil Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara sengaja oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.
“Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan sebab Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri,” jelas beliau pada sidang akhbar. - Sarawakiana
No comments:
Post a Comment