Tindakan bebarapa NGO dan aktivis yang kononnya memperjuangkan masalah rakyat akhirnya terbongkar. Mereka menjadikan isu alam sekitar yang melibatkan kilang peleburan aluminium Press Metal Sdn Bhd (PMS) di Balingian sebagai bahan untuk menonjolkan diri.
NGO dan akvitis terbabit adalah jentera propaganda kepada parti politik pembangkang.
Tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian serta sokongan rakyat di Sekitar Mukah dan Balingian.
Taktik desperado digunakan untuk mengekploitasi isu PMS melalui media sosial seperti blog, facebook dan rakaman video yang disebar melalui Youtube.
Mereka sedar penduduk Balingian dan Mukah menolak sebarang fahaman politik luar, maka dengan taktik ini saja jentera kempen PKR dan DAP boleh digerakkan dengan bertopengkan NGO tempatan seperti SARAWAK DAYAK IBAN ASSOCIATION (SADIA).
Matek Anak Geram dari SADIA yang bercita-cita tinggi ingin jadi wakil rakyat PKR, menggunakan isu penceramaran air dan udara kesan dari operasi kilang Press Metal Sdn Bhd (PMS) sebagai propaganda politik.
Matek dibantu individu bernama Leerang Bato pada 2 dan 3 Feb 2012, untuk memanipulasi segala fakta alam sekitar berkaitan kilang PMS.
Bukti Penipuan
Beberapa pelakon diupah untuk ditemubual sebagai mangsa pencemaran operasi kilang PMS.
Penipuan #1
Pembangkang telah mengupah seorang gadis yang berasal dari Rumah Panjang sekitar kilang untuk mengakui bahawa beliau mengalami penyakit kulit selama 6 bulan kesan dari pencemaran PMS.
Sebenarnya gadis tersebut tidak pernah membuat pemeriksaan di Hospital, malah beliau tidak tahu punca sebenar sakit yang dialaminya. Sekadar diupah oleh pembangkang untuk berkata demikian.
Paparan video itu menyatakan kilang PMS melepaskan asap pada pukul 7.30 hingga 9.00 setiap pagi.
Penipuan #2
Seorang bekas pekerja kilang PMS bernama Cynthia yang berasal dari rumah panjang Rh Rawing mengadu sakit ketika mengandung.
Namun siasatan kami mendapati ramai pekerja PMS yang mengandung, tapi tidak mengalami sakit seperti yang didakwa Cynthia.
Dakwaan Cynthia yang berbelit-belit ternyata menampakkan lagi penipuan yang sengaja dirancang.
Bahkan, kenyataannya yang memberitahu kilang PMS melepaskan asap pada pukul 9 pagi ternyata bercanggah dengan kenyataan terdahulu yang mengatakan pukul 7.30 pagi.
Penipuan #3
Matek ak Geram dari SADIA yang bercita-cita jadi pemimpin politik mendakwa terdapat 4 orang penduduk yang baru 3 bulan bekerja di kilang PMS menghidap kanser tahap 3 akibat percemaran operasi kilang aluminium tersebut.
Matek sengaja menimbulkan ketakutan kepada penduduk, dengan mengaitkan kesan pencemaran kilang PMS. Sedangkan penyakit kanser memerlukan masa yang lama untuk menyerang sel tubuh, bukan dalam masa 3 bulan sudah sampai tahap 3.
Malah tiada pengesahan perubatan untuk membuktikan kanser yang dimaksudkan Matek berpunca dari operasi kilang PMS.
Penipuan #4
Tambi anak Geram muncul sebagai pelakon upahan dalam video yang disebarkan di Youtube. Tambi menggesa agar kerajaan menutup kilang PMS dan Ketua Menteri ketika itu, Pehin Sri Taib Mahmud perlu berundur kerana bertanggungjawab terhadap penubuhan kilang PMS.
Menurut Tambi, banyak ikan dan udang mati akibat pencemaran kesan dari operasi PMS.
Tanpa sebarang bukti, Tambi anak Geram turut mendakwa 1 tan ikan telah mati dan menjejaskan pendapatan sekitar 40 hingga 50 nelayan akibat pencemaran tersebut.
Dakwaan itu turut menyebut, tiada sebarang tumbuhan atau sebarang specis kehidupan seperti ikan atau udang boleh hidup berhampiran kilang PMS.
Namun bukti menunjukkan sebaliknya, kolam yang berdekatan PMS adalah tempat kegemaran memancing, dan ada pertandingan memancing dianjurkan dikolam berhampiran.
Siasatan kami juga mendapati, Tambi Anak Geram adalah abang kepada Matek Anak Geram, yang menjadi perancang kepada semua propaganda tersebut.
Penipuan #5
Dr John Brian, seorang ahli Jawatankuasa Pusat Parti DAP, mendedahkan bukti dokumen kesan pencemaran terhadap penduduk sekitar kilang aluminium, tapi pendedahan itu tidak spesifik berkaitan kilang PMS.
Dr John Brian cuba mencipta persepsi negative terhadap PMS, dengan menyatakan maklumat bersifat umum tentang kesan beberapa jenis gas terhadap manusia.
Namun Dr John Brian tidak mengetahui secara jelas jenis gas yang dilepaskan kilang PMS.
Dengan reputasi 2 kali ditolak rakyat dalam Pilihan Raya sebelum ini, Dr John Brian tidak mahu rakyat melihat cita-cita politik beliau. Sebaliknya cuba mengiktiraf dirinya sebagai pakar demi memanipulasi isu alam sekitar, agar rakyat membuka ruang.
Isu ini bukanlah pencemaran Press Metal Sdn Bhd, kerana kilang tersebut mematuhi piawaian antarabangsa dalam menangani isu alam sekitar. -
SUMBER:- www.sarawakonline.com (SARAWAK ONLINE)