Friday, 28 March 2014

PMS: Penipuan NGO Terbongkar #PrkBalingian




Tindakan bebarapa NGO dan aktivis yang kononnya memperjuangkan masalah rakyat akhirnya terbongkar. Mereka menjadikan isu alam sekitar yang melibatkan kilang peleburan aluminium Press Metal Sdn Bhd (PMS) di Balingian sebagai bahan untuk menonjolkan diri.

NGO dan akvitis terbabit adalah jentera propaganda kepada parti politik pembangkang.

Tujuan mereka hanyalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian serta sokongan rakyat di Sekitar Mukah dan Balingian.

Taktik desperado digunakan untuk mengekploitasi isu PMS melalui media sosial seperti blog, facebook dan rakaman video yang disebar melalui Youtube.

Mereka sedar penduduk Balingian dan Mukah menolak sebarang fahaman politik luar, maka dengan taktik ini saja jentera kempen PKR dan DAP boleh digerakkan dengan bertopengkan NGO tempatan seperti SARAWAK DAYAK IBAN ASSOCIATION (SADIA).

Matek Anak Geram dari SADIA yang bercita-cita tinggi ingin jadi wakil rakyat PKR, menggunakan isu penceramaran air dan udara kesan dari operasi kilang Press Metal Sdn Bhd (PMS) sebagai propaganda politik.

Matek dibantu individu bernama Leerang Bato pada 2 dan 3 Feb 2012, untuk memanipulasi segala fakta alam sekitar berkaitan kilang PMS.

Bukti Penipuan

Beberapa pelakon diupah untuk ditemubual sebagai mangsa pencemaran operasi kilang PMS.

Penipuan #1

Pembangkang telah mengupah seorang gadis yang berasal dari Rumah Panjang sekitar kilang untuk mengakui bahawa beliau mengalami penyakit kulit selama 6 bulan kesan dari pencemaran PMS.

Sebenarnya gadis tersebut tidak pernah membuat pemeriksaan di Hospital, malah beliau tidak tahu punca sebenar sakit yang dialaminya. Sekadar diupah oleh pembangkang untuk berkata demikian.

Paparan video itu menyatakan kilang PMS melepaskan asap pada pukul 7.30 hingga 9.00 setiap pagi.

Penipuan #2

Seorang bekas pekerja kilang PMS bernama Cynthia yang berasal dari rumah panjang Rh Rawing mengadu sakit ketika mengandung.

Namun siasatan kami mendapati ramai pekerja PMS yang mengandung, tapi tidak mengalami sakit seperti yang didakwa Cynthia.

Dakwaan Cynthia yang berbelit-belit ternyata menampakkan lagi penipuan yang sengaja dirancang.

Bahkan, kenyataannya yang memberitahu kilang PMS melepaskan asap pada pukul 9 pagi ternyata bercanggah dengan kenyataan terdahulu yang mengatakan pukul 7.30 pagi.

Penipuan #3

Matek ak Geram dari SADIA yang bercita-cita jadi pemimpin politik mendakwa terdapat 4 orang penduduk yang baru 3 bulan bekerja di kilang PMS menghidap kanser tahap 3 akibat percemaran operasi kilang aluminium tersebut.

Matek sengaja menimbulkan ketakutan kepada penduduk, dengan mengaitkan kesan pencemaran kilang PMS. Sedangkan penyakit kanser memerlukan masa yang lama untuk menyerang sel tubuh, bukan dalam masa 3 bulan sudah sampai tahap 3.

Malah tiada pengesahan perubatan untuk membuktikan kanser yang dimaksudkan Matek berpunca dari operasi kilang PMS.

Penipuan #4

Tambi anak Geram muncul sebagai pelakon upahan dalam video yang disebarkan di Youtube. Tambi menggesa agar kerajaan menutup kilang PMS dan Ketua Menteri ketika itu, Pehin Sri Taib Mahmud perlu berundur kerana bertanggungjawab terhadap penubuhan kilang PMS.

Menurut Tambi, banyak ikan dan udang mati akibat pencemaran kesan dari operasi PMS.
Tanpa sebarang bukti, Tambi anak Geram turut mendakwa 1 tan ikan telah mati dan menjejaskan pendapatan sekitar 40 hingga 50 nelayan akibat pencemaran tersebut.

Dakwaan itu turut menyebut, tiada sebarang tumbuhan atau sebarang specis kehidupan seperti ikan atau udang boleh hidup berhampiran kilang PMS.

Namun bukti menunjukkan sebaliknya, kolam yang berdekatan PMS adalah tempat kegemaran memancing, dan ada pertandingan memancing dianjurkan dikolam berhampiran.

Siasatan kami juga mendapati, Tambi Anak Geram adalah abang kepada Matek Anak Geram, yang menjadi perancang kepada semua propaganda tersebut.

Penipuan #5

Dr John Brian, seorang ahli Jawatankuasa Pusat Parti DAP, mendedahkan bukti dokumen kesan pencemaran terhadap penduduk sekitar kilang aluminium, tapi pendedahan itu tidak spesifik berkaitan kilang PMS.

Dr John Brian cuba mencipta persepsi negative terhadap PMS, dengan menyatakan maklumat bersifat umum tentang kesan beberapa jenis gas terhadap manusia.

Namun Dr John Brian tidak mengetahui secara jelas jenis gas yang dilepaskan kilang PMS.

Dengan reputasi 2 kali ditolak rakyat dalam Pilihan Raya sebelum ini, Dr John Brian tidak mahu rakyat melihat cita-cita politik beliau. Sebaliknya cuba mengiktiraf dirinya sebagai pakar demi memanipulasi isu alam sekitar, agar rakyat membuka ruang.

Isu ini bukanlah pencemaran Press Metal Sdn Bhd, kerana kilang tersebut mematuhi piawaian antarabangsa dalam menangani isu alam sekitar. -SUMBER:-  www.sarawakonline.com (SARAWAK ONLINE)



Thursday, 27 March 2014

#PrkBalingian: BN mahu Semua Pengundi turun - Muhyiddin

MUKAH: Sasaran Barisan Nasional (BN) meningkatkan jumlah undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Balingian kini lebih bertumpu memastikan pengundi turun seramai mungkin dalam usaha menjadikan kemenangan BN kelak lebih bergaya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menjelang hari mengundi pada Sabtu ini hampir semua kawasan telah diliputi jentera pilihan raya yang bergerak dari setiap penjuru.

“Dalam tempoh kurang 48 jam yang tinggal ini kita hendak tingkatkan jumlah yang turun mengundi untuk memastikan undi BN akan meningkat.

“Usaha kita adalah untuk tarik lebih ramai pengundi turun menunaikan tanggungjawab,” katanya pada sidang media pada Program Pelancaran Inap Desa dan Perjumpaan Bersama Rakyat di Tanjung Pedada di sini, semalam.
Meskipun BN diyakini berupaya mengekalkan kerusi Balingian, beliau mengingatkan semua pengundi agar tidak mengambil sikap ambil mudah lantas tidak turun mengundi pada Sabtu ini.

Menurutnya, usaha menyampaikan mesej itu kepada pengundi di luar kawasan juga telah dilakukan agar mereka balik mengundi pada 29 Mac ini.

Calon BN Yussibnosh Balo bertembung dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon PKR Abdul Jalil Bujang.

Muhyiddin yang berada di Mukah semalam buat kali kedua selepas hari penamaan calon pada 17 Mac lepas berkata lagi jentera pilihan raya juga berjalan lancar seperti dirancang.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan isu pemilihan calon BN akan menjejaskan undi terhadap BN kelak.

“Calon bukan isu lagi dan tidak pernah jadi masalah. Sambutan pengundi terhadap calon BN pun okay,” katanya.

Menurutnya, PKR juga jelas ketandusan isu di sini apabila pembangunan di kawasan Mukah dan Balingian sudah jelas berubah berbanding 30 tahun lepas.

Sambil mengajak pengundi tidak memberi satu pun undi kepada PKR, beliau berkata parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu wajar ditolak oleh pengundi di kawasan Balingian.

“Kedudukan PKR sekarang kian lemah sesuai dengan gelarannya Parti Kian Runtuh kerana makin ramai yang meninggalkan parti,” katanya.

Malah parti itu menurutnya umpama parti anak beranak kerana kuasa kebanyakannya dikongsikan di kalangan keluarga Anwar.

“Dia letak isteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai calon menggantikannya pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang,” katanya sambil menambah, meskipun menang jumlah undi kepada PKR telah merosot lebih 1,000.

Berbanding BN yang mempunyai pelan peralihan kuasa yang lancar dan tidak mewariskan jawatan kepada ahli keluarga, Muhyiddin berkata situasi Kajang dan Balingian tidak sama.

Pilihan Raya Kecil Balingian diadakan sebagai satu proses peralihan kuasa Ketua Menteri daripada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada penggantinya Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.
 
 

#PrkBalingian: Mukah Bakal Menikmati Pembangun Sektor Pelancongan

MUKAH: Bandar Mukah dan kawasan sekitarnya akan menikmati pembangunan sektor pelancongan apabila kerja-kerja pembinaan Lapangan Terbang Mukah yang baharu siap, kata Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Menurutnya, sektor pelancongan di kawasan ini masih boleh diteroka terutama daripada aspek budaya masyarakat Melanau dan ia boleh direalisasikan dengan kemampuan lapangan terbang baharu menampung pesawat lebih besar berbanding cuma jenis Twin Otter sekarang.
“Pembinan lapangan terbang baharu akan memberi kesan positif terhadap sektor pelancongan di Mukah,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Program Inap Desa dan Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Tanjung Pedada di sini semalam.
Program itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Abang Johari berkata pada tahun lepas Sarawak menyaksikan kedatangan pelancong lebih empat juta orang, iaitu peningkatan enam peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya inap desa merupakan satu produk pelancongan yang boleh diterokai oleh penduduk kampung di Sarawak.
Inap desa menurutnya kian popular terutama di kalangan pelancong asing kerana mereka dapat merasai pengalaman tinggal bersama keluarga yang menjalani kehidupan sebagai petani atau nelayan di kampung-kampung.
“Tarikan pelancong ke Sarawak ialah keamanan dan perpaduan di kalangan kaum yang berbilang jenis,” ujarnya.
Justeru, beliau meminta agar tarikan itu dipelihara dan orang ramai tidak terpengaruh dengan hasutan pihak luar yang sengaja mahu menggugatnya.
Justeru, pemimpin BN di Sarawak menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem yang akan menghalang orang luar memasuki Sarawak jika didapati ingin mengganggu keharmonian kaum dan agama.

 

#PrkBalingian: Tanah TOL di Balingian bakal jadi hak milik kekal - KM

MUKAH: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem memberi jaminan bahawa semua tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di kawasan Balingian akan ditukar kepada hak milik kekal pada tahun ini.

Adenan berkata beliau telah mengarahkan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Datu Sajeli Kipli menjalankan proses yang perlu agar ia dapat dilakukan dalam tahun ini.

“Di Balingian terdapat banyak TOL yang dimiliki oleh individu.

“Apa yang telah dijanjikan oleh Ketua Menteri sebelum ini akan diluluskan oleh Ketua Menteri yang baharu. 
“Sudah tentu saya tidak boleh memberikan esok tetapi ia perlu dilakukan pada akhir tahun ini,” kata Adenan pada Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah bagi kampung tradisional di Kampung Sesok dekat sini semalam.

Beliau berkata secara berseloroh: “Jika ia tidak dapat dilaksanakan menjelang akhir tahun ini anda boleh mengetuk kepala saya.

“Bagaimanapun, jika anda tidak mengundi calon BN saya akan mengetuk kepala anda,” katanya.

Adenan juga menambah bahawa sebaik sahaja TOL telah ditukar ke dalam tajuk tetap, pemilik perlu membayar yuran minimum untuk hak milik tanah kekal.

Beliau juga berkata kerajaan negeri tidak meluluskan geran tanah hanya semasa Pilihan Raya Kecil tetapi sebaliknya telah melaksanakannya selama ini.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat akan menyokong calon BN-PBB Yussibnosh Balo pada hari pengundian 29 Mac ini.

“Sila datang dan mengundi calon BN dan tidak hanya mengatakan anda akan menyokong tanpa mengundi,” katanya.

Pada majlis itu, Ketua Menteri menyampaikan 246 hak milik tanah kepada pemilik dari kawasan itu.

Sementara itu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sebanyak 44,860 geran tanah untuk 282 kampung tradisional telah diluluskan.

Daripada jumlah itu, 41 daripadanya adalah terletak di Mukah dengan 7,261 helai sijil.

“Sarawak merupakan satu-satunya negeri di negara ini yang memberi hak milik tanah kekal kepada pemilik tanah,” katanya.

Atas sebab itu, katanya kerajaan negeri melalui JTS telah disasarkan untuk menjalankan kajian perimeter pada 150,000 hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) tahun ini. Dan daripada jumlah itu, 7,000 hektar adalah di Mukah.

Beliau berkata JTS telah menyiapkan kajian perimeter seluas 369,000 hektar di 267 kawasan di seluruh negeri.

Awang Tengah berkata setakat ini, kerajaan negeri telah meluluskan 700,000 hektar tanah NCR yang akan dikaji.

“Kami telah menjalankan kerja-kerja kami secara senyap-senyap selama ini dan bukan hanya pada masa pilihan raya. Semua ini perlu terancang,” katanya.
 
 

#PrkBalingian: Geran tanah diberi sebelum hujung tahun - KM

Tanah yang berstatus hak milik sementara dan tamat tempoh pemilikan di Kampung Jebungan di sini bakal menjadi tanah hak milik kekal oleh pemiliknya sebelum penghujung tahun ini.

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem berkata, perkara itu pernah dijanjikan oleh bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada tahun 2011, justeru beliau memberi jaminan akan mengeluarkan geran bagi menunaikan impian itu.

“Anda semua boleh ingat kata-kata saya ini.

Saya akan pastikan tanah tersebut menjadi hak milik kekal pemiliknya di mana pemiliknya akan menerima geran tanah sebelum penghujung tahun ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Integrasi Kampung Jebungan, semalam.

Sementara itu, Adenan berkata kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian merupakan kawasan yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama dan pembangunan yang dilaksanakan memang jelas terbukti.

Oleh itu, beliau menyeru para pengundi di DUN Balingian agar tidak memilih pihak pembangkang yang tidak dikenali.

“Sebelum Taib menjadi Gabenor, dia pernah berpesan kepada saya bahawa jangan lupa untuk menyampaikan pesanannya kepada rakyat bahawa ingat pengorbanannya selama ini dan jangan cuba memberi malu kepada diri sendiri dan kerajaan yang telah banyak berkorban.

“Oleh sebab itu, sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan BN akan terus memimpin untuk kemajuan bersama,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat agar sentiasa mengekalkan perpaduan dan bersatu hati bagi memastikan keharmonian dan keamanan berkekalan sampai bila-bila.
 
 

#PrkBalingian: Subsidi Diesel Nelayan Dikekalkan

MUKAH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan akan mengekalkan subsidi diesel kepada nelayan sebagai tanda galakan dan sokongan kerajaan dalam membangunkan industri itu.

Menurutnya, kerajaan ingin melihat golongan nelayan yang merupakan penyumbang dalam penghasilan bidang makanan negara tidak terlalu dibebani kos bahan bakar untuk menangkap ikan.

“Keperluan nelayan tidak boleh diabaikan memandangkan mereka mempunyai peranan penting dalam memastikan rakyat mendapat bekalan makanan dan protein mencukupi.

“Kerajaan berpendapat golongan ini (nelayan) perlu terus diberi sokongan agar negara dapat bekalan makanan laut yang mencukupi,” ujarnya pada Program Pemimpin Bersama Komuniti Nelayan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 Persatuan Nelayan Kawasan Mukah/ Oya di sini semalam.

Muhyiddin berkata, kemudahan diberi kerajaan itu wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh nelayan termasuk perlu berikhtiar membangunkan ekonomi dengan menyertai industri hiliran, misalnya pemprosesan ikan menjadi bebola ikan atau produk lain.

“Kerajaan mahu membina industri nelayan kerana kita mahu nelayan moden yang ada kebolehan dan kemahiran supaya mereka mempunyai keupayaan bukan sahaja dalam menangkap ikan tetapi dalam memproses hasil tangkapan yang boleh memberikan nilai tambah kepada usaha mereka,” katanya.

Menurutnya, kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersedia membantu merealisasikan usaha itu melalui pemberian pinjaman mudah dan bantuan-bantuan lain yang diperlukan oleh komuniti berkenaan.

Justeru, beliau meminta golongan nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada 29 Mac ini.

Dengan menyokong Yussibnosh Balo, menurutnya, merupakan kesinambungan terhadap usaha pembangunan bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang sebelum ini merupakan wakil rakyat DUN Balingian.

“Selama 33 tahun menjadi Ketua Menteri, beliau (Taib) telah banyak berjasa dan penting untuk Balingian meneruskan perjuangan yang belum selesai,” ujarnya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM450,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan Mukah/Oya bagi pembelian sebuah kenderaan pacuan empat roda dan mesin pengisar ais.
  

#PrkBalingian: RM250 Million Aid For Sarawak Smallholders This Year - Uggah

MUKAH, March 27 (Bernama) -- The federal government has allocated RM250 million this year to assist oil palm, rubber, pepper and sago smallholders in Sarawak.

Plantation Industries and Commodities Minister Datuk Seri Douglas Uggah Embas said the allocation would be used to assist them in buying the recommended seedlings and fertilisers, among others.

Uggah said the Barisan Nasional (BN) government was very keen to help the smallholders achieve better productivity and a better income.

"It's very important that you are able to achieve good income so that you will not be left behind when the country achieves high income status by 2020," he said when opening an oil palm smallholder seminar for about 300 participants from Mukah Division organised by the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) at Menara Pehin Setia Raja, here Thursday.

Sarawak has 18,513 oil palm smallholders who are cultivating some 94,437 hectares.

Uggah advised the smallholders not to solely rely on oil palm but to diversify by cultivating other crops such as pepper, rubber or sago.

"The price of oil palm fluctuates with the market. When it is low, you can then depend on income from your other crops."

He would direct the MPOB to ensure that all fresh fruit bunch (FFB) buyers in the state to give them a fair and uniform price for their harvests.

On the Balingian by-election on Saturday (March 29), he reminded them to turn up early and in full force to vote for BN candidate Yussibnosh Balo.

Uggah said having a BN state assemblyman as their representative would give them a strong voice to air their grievances and problems to the government.

Yussibnosh, 48, is engaged in a straight fight with Abdul Jalil Bujang, 55, of PKR in the by-election, necessitated by the resignation of Tan Sri Abdul Taib Mahmud when he stepped down as the chief minister.

Abdul Taib is now the Yang Dipertua Negeri of Sarawak.

-- BERNAMA